Sunday, October 17, 2010

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci...

Assalamu'alaikum w.r.b!

Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis...dan blog kita ni pun dah lama tidak di update...dah naik sarang labah2 dah!

Tak tahulah ada orang nak baca ke tak ni...

Pagi Jumaat lepas (15/10/2010), saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon...nama yg muncul kat hp tu sgt2 ku kenal. Saya menjwb dgn memberi salam...Kak Ani!!!!
Tak sangka hari tu, walaupun saya agak sibuk hari itu sbb masih ada tetamu yg belum balik dari Karnival Kerjaya Politeknik KPT2010 Zon Sarawak anjuran kami yg berakhir pd 14/10, saya dpt meluangkan masa bersama dgn Kak Ani hampir seharian di kampus ini. Beliau dijemput all the way from KL, utk menjadi salah seorg juri pertandingan rekacipta model jambatan yg dianjurkan oleh Jbtn Kej. Awam di sini. Ucapan tahniah juga utk Kak Ani (Ir. Noraini Bahri) yg telah pun juga dinaikkan pangkat di CIDB!

Mlm tadi, saya juga ada menerima satu sms yg diforwardkan oleh seorg sahabat kita juga, berbunyi:
...." Tabung Haji mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji menaiki KT 46. Semoga En/Pn ZALEHA BT HJ MUSLAN (IC NO. ********) selamat melaporkan diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 22-Oct-10, jam 4:25 PM. Sila hadir 2 jam lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ******"....

Saya secara peribadi, turut merasa genmbira dan bersyukur, serta berdoa agar agar beliau dan suami dipermudahkan segala urusan, dapat menunaikan ibadah suci ini dgn hati yg tenang dan sempurna, serta beroleh berkat dan haji yg mabrur. Doakanlah juga buat kami di sini ye!

Kalaulah masa tu saya ada di semenanjung, sudah tentu saya akan berusaha utk meluangkan masa berjumpa dgn Lea...Lea, apa2 pun...kami sekeluarga di sini mengucapkan selamat semuanya!

Sekian, wassalam...


Mentari Jingga di Bumi Kenyalang

Tuesday, August 31, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


Tak tahu lah ade ke sahabat2 yang nak membaca ucapan ini.....sebab blog ni rasa nya sawang dia dah tebal sebab lama tak ade orang datang melawat untuk membersihkan nya. Mungkin kot kalau ade pun mungkin Che Mohd Jeddah atau pun Che Not Gohead Gostan. Ni Che not dah dapat baby baru Hana...balik kali ni dok sebuk membelek Hana ajelah.

Anyway, di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf Zahir dan Batin kepada sahabat2 yang mengenali diri saya. Jemput lah datang ke rumah di Johor Bahru jika ade kelapangan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Shamsuria Ariffin kerana telah bersusah payah mencarikan Kek Lapis Sarawak untuk orang2 yang mengidam di rumah I ni. Insyallah akan sampai lah kami ke Kuching selepas habis urusan haji nanti. Jalan2 semasa raya....rasa nya kena tengok mood boss kita2 dulu lah kot. Keep in touch.

Ikhlas daripada

ZAINUDDIN EMBONG
ZALEHA MUSLAN
MOHD AIMAN ZAINUDDIN
MOHD AZIM ZAINUDDIN
NUR SURAYA HANI ZAINUDDIN
NUR ALIAH NAJIAH ZAINUDDIN

Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Salam kepada Kengkawan,

Seperti yang Masnoor kate kan dah lama blog ni mengumpul sawang. Bukan ape sekarang ni perlu kurangkan masa exercise tangan ketuk keyboard dan lebihkan exercise badan gi brisk walking supaya boleh dapat hadih Baju Kebaya untuk Beraya dan Bergaya daripada kawan-kawan. Last week gi jalan2 kat Jongker Street tengok2 baju kebaya. Bukan ape supaya senang nanti bile Mohd, Masnoor, Mil tanya...U nak yang mana satu ?...so that I dah boleh emailkan pilihan hati I.

Seperti biasa, tengah diet ke tidak, tugas memasak masih terus di perjuangkan...tambahan plak bulan puasa ni....dapur sentiasa berasap kalahkan org belajar kat overseas yang tak jumpe Bazar Ramadhan.....sbb kami tak gi beli makanan kat bazar....keluarga lebih selesa makan masakan I. Semalam masak Nasi Ayam Hainan sempena tengok org beratur beli nasi ayam ni kat restoren di Jongker Street di Melaka. Cume puasa ni agak sunyi sikit sbb dah tinggal kami bertiga aje di rumah. Se hari sebelum puasa pagi2 Che Din dah kejut suruh masak Roast Chicken and Bake Macaroni Bolognese pi hantar makanan kat anak2 di University....utk dia org makan mummy food utk bersahur.....kami plak bersahur masakan hotel sbb tidur kat hotel di Melaka. I rasa Mek Sham and Bro Zul also share the same feeling with me, except my boys tak pernah duduk boarding school sbb miss mum cooking, sweet smile and auuta..I guess.

Akhir kalam selamat menyambut puasa, semoga Ramadhan ini di penuhi dengan sebaik-baiknya.

Wassalam 





Friday, March 19, 2010

I DAPAT ANAK SAUDARA ORANG BELANDA


Since Abang Shaha dok tayang gambar org naik pelamin, I pun nak tayang gambar anak saudara I naik pelamin last Saturday. I pun dapat anak saudara Org Belanda pengantin lelaki tu.

MY FRIEND IS KHAN


THIS IS MY BEST FRIEND, HIS NAME IS KHAN @MOHAMED. I KENA JEK MAMAT NI SIKIT SEBAB INSYALLAH DIA DAPAT TAWARAN BERKERJA DI KSA. KIRA I NAK GI UMRAH SIAPKAN TAMBANG AJE YANG LAIN TANGGUNG BERES.

HARI TU I PAKSA DIA BUATKAN BIRTHDAY PARTY I WALAUPUN LAMBAT SEBULAN, KIRA OK JUGAKLAH 2 KELUARGA CELEBRATE KAT RESTOREN ZZ SETIA TROPIKA. DULU2 MASE I COMEL RAMAI KAWAN2 BUAT JAMUAN UNTUK CELEBRATE BIRTHDAY I.

SAHABAT I NI SEMAKIN HENSEM MACAM TOK2 ARAB KAT UTM. TAPI KALAU ADE CITE2 NAK JADI MUTAWIF UNTUK BUAT TAMBAH PENDAPATAN KENA TUKAR IMEJ SIKIT....PAKAI JUBAH, HIGAL DAN JANGGUT KASI PANJANG SIKIT.

Monday, March 8, 2010

Sedikit Renungan Bersama…

Salam Sejahtera buat sahabat2ku yg dikasihi sekelian...Ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia Utk Semua Insan Bergelar WANITA!(8 Mac 2010)

...Entah kenapa tiba2 datang mood nak hantar sesuatu ke blog. Mgkn agak panjang, so, kalau larat & ada masa, sudi2kanlah membaca...bahagian2 akhir nanti InsyaAllah ada sedikit message penting utk dikongsikan bersama utk sahabat2 yg bergelar ibu & bapa...

Pagi ni, 8/3/2010 aku terjaga agak lewat dari tidur...mgkn akibat teramat penat selepas 3 hari penuh menjalani training di hotel. Jam 6.00pg, aku terkejut apabila mendengar suara anak2 yg rupanya sudah berpakaian uniform sekolah, siap untuk menunggu van. Sambil bingkas bangun dari katil aku sempat bertanyakan anak2, "dah solat subuh, dah ambil duit bekal?". Sambil meluru ke bilik air, aku sempat juga mengarahkan anak supaya cepat turun ke bawah, buka gate dan sarapan makan koko crunch ajelah, sbb ummi dah tak sempat nak masak apa2 lagi...

Setelah solat subuh, suamiku memberitahuku bahawa van sekolah masih belum sampai...jadi kami bergegas siap sedia kerana terpaksa hantar anak2 ke sekolah bimbang kalau2 terlewat nanti, kesian nama mereka akan dicatat oleh pengawas sekolah, dan jln utk kami berpatah balik ke arah tempat kerja agak jam di sebelah pagi. Sesampai di sekolah, hantar yg kakak dulu ke sekolah menengah...setelah bersalaman, dia melangkah keluar dari kereta dgn wajah girang mgkn kerana sedang menghitung hari utk memulakan alam persekolahan baru di MRSM 2 minggu lagi. Kami terus meluncur ke penjuru belakang sekolah kerana si adik boleh masuk ke sekolahnya melalui gate kecil, sekolah rendah & menengah hanya berkongsi pagar bersebelahan.
Selepas salam anakku berkata,"hari ni ada ujian, ummi..". Aku terus menjwb, "Iya? Ujian apa?". Dgn selamba dia menjwb,"Entahlah...tak ingat...", sambil melambai tgn dan terus meluru ke pintu pagar. Kami berpandangan dlm kereta , dlm hati kecilku, aku tertawa sendirian, aku dulu pun sekolah selamba juga, tak pernah study kat rumah masa sekolah rendah, dpt no 1 & 2 juga...tapi takdelah sampai tak ingat ujian apa...

Hai...dlm perjalanan ke pejabat, fikiranku melayang2 sementara suamiku memandu dgn resah sbb mengejar masa & jln pulak jam. Aku terkenangkan anak sulung ku yg kini nampaknya agak sedikit gelisah di rumah menunggu keputusan SPM tak lama lagi. Ya Allah, berikanlah dia keputusan yg kami harapkan dan peluang yg baik utknya. Sesekali, aku terdengar juga suaranya dlm kehenian tgh mlm bersolat hajat dan membaca al-Quran ... aku turut mengiringinya dgn doa...
Terkenang juga anak ke2 yg sdg belajar di KB, akan menduduki SPM tahun ini...

Sedar2, dah sampai ofis...spt biasa, sblm jam 8, aku buka FB dulu dan ada satu nota aku terima dari seorang sahabat karibku di Kelantan. Hatiku rasa amat terjentik dgn nota ini, tergenang airmataku dan aku terasa terpanggil utk berkongsi dgn sahabat2 yg aku kasihi di ruangan ini...

JIKA ADA KELAPANGAN, SILAKAN BACA NOTA INI UTK PERINGATAN KITA BERSAMA...

Buat renungan ibu dan bakal ibu.....Share
Today at 4:13am
Ibu & Ayah : Begitukah Akhirnya?
Share
Today at 2:22am
Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

***************************************************************************

Untuk renungan wanita bergelar ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Petikan ini dari www.zaharuddin.net

Friday, March 5, 2010

RESULT SPM DAH NAK KELUAR


Saya nak buat pengumuman result SPM tahun 2009 dah nak keluar pada hari Khamis 11hb Mac 2010 ni. Anak-anak, mak-mak dan bapak-bapak dah mula lah tertanya2.....apelah keputusan yang akan keluar.

My son Azim dah mula gabra....kalau tidak sebelum ni sibuk dengan Dot A aje. I kate ape2 pun redha ajelah ape yang dapat.....tapi untuk berdoa sempat lagi ade beberape hari.

Mek Sham dah bolehlah book tiket BELON.

Wednesday, March 3, 2010

Idea...

Idea KU beKU...!!!!

LAWATAN KE PETROSAINS KLCC CUTI SEKOLAH NI


Nak buat pengumuman, Sempena cuti sekolah bulan Mac ni satu lawatan ke Petrosains akan di adakan Pada hari Selasa pertama cuti sekolah bulan Mac 2010. Hari bulan u all check sendiri sebab biasalah towkey mana ingat hari bulan.

Lawatan akan di mulakan bile gate dia bukak dan habis bile gate dia tutup......ni kalau Mek Sham yang jadi Facilitator. Kalau I tambah dengan briefing sekali. Di wajibkan mak2 pergi dengan anak2 sekali

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah confirm melalui email.

Itu aje nak kate

Tuesday, March 2, 2010

February Break In London

Assalamualaikum kawan-kawan,

Since school holiday is the proposed topic, I wish to write a little about our trip to London. We went there last Thursday and just got back here on Sunday. To be honest I never thought that I would go back there again and as the plane was flying over Gatwick airport, I was having these little butterflies in my stomach, a little excited and anxious to see London again.

Like any other tourists, we went to all these places Tower Bridge, Big Ben, Tower of London, Buckingham Palace etc. They looked just the same as I remembered, but some of them were different! There were no pigeons at the Trafalgar Square anymore and somehow, Marble Arch did not look as big as I thought!! The underground is having major upgrade and caused disruptions during our journey. Oxford Street was just the same, full of people!!

I would have loved to see Greenwich and Bayswater again but we didn't have time to go there. The MSD had moved from Braynston Square (sorry, not sure of the spelling) to Bayswater. I heard that the food there and at Tok Din's Restaurant, also in Bayswater was not bad. We didn't eat there but we did eat at Jom Makan at Trafalgar Square, unfortunately the food is not so good :( My husband did bring me to Pizza Hut at Marble Arch since I used to work there as a waitress :)

4 days holiday is definitely not enough, we need to budget for more than that, especially if we want to visit down memory lane :) We went there with another family and here is some photos of us and the other couples' kids.





Saturday, February 27, 2010

Orang Masuk Merisik... Dan Break Cuti Sekolah

I telah di risik untuk berkerja di Jeddah.... Masih memikirkan pros an cons nya. Nanti la kalau dah dapat hitam putih baru boleh cerita panjang.

Oklah I nak bagi topik kat rakan2 ni supaya memeriahkan lagi blog kita ni. Topik yg I sarankan ialah " Rencana Break Cuti Sekolah" yang akan datang pada pertengahan bulan March ni...

Thursday, February 25, 2010

My Family pun ade Pets jugak


I baru balik drp library UTM,....so I think nak rehat sekejap sharing dgn kawan2 pasal pets.

Kami ade jugak beberape pets dulu. Oklah time ni kite cerita pasal kucing

My father suka kucing, i masih ingat lagi dulu mase kami tinggal di KL, kucing tu akan ikut naik kereta bile hantar dan ambik my dad drp kerja. Kalau balik JB kucing pun ikut jugak. Tapi kucing dulu baik tak berak dan kencing dlm kereta.

Anak2 mintak untuk bela kucing...but I tak bagi kerana banyak sebab spt.

1. kami selalu travel....macam mana nak jaga kucing

2.kami tak boleh marah kucing sbb takut nanti tak dapat masuk syurga...my husband kate satu helai bulu kucing pun kita tak boleh jatuh kan (kira pukul kucing) nanti dia menuntut masa timbangan. So kami tak pernah pukul kucing

3.Kucing ni ade masenya dia nyayuk .....tu yg susah tu nanti dia kencing dan berak merata2....ayo-yo boleh ke tahan tak marah dia...pulak tu kecing kat sofa dan berak bawah katil, baunya jangan kate...semerbak

So keputusannya kami ade jugak kucing utk bergurau.....Alley CAT

Namenya JOY (utk JOYAH), KIKI (utk KIAH), SHAN ( utk SENAH) name2 ni I yang bagi.....Authentic tak.  Kucing2 ni cuma duduk kat tingkap dapur I aje. I akan pasang jaring kat tingkap so that dia org tak boleh masuk rumah, but kami boleh manjakan dia dan kasi dia makan.

My Daughter ALIAH cerita dgn kawan2 dia kat sekolah betape merapunya dan how cunning mummy dia find solution, kawan2 dia kate its good that u have mummy yg kuat merapu....we all boring..asyik kena suruh belajar aje and not so much fun. Siape lagi nak jek I kecuali I sendiri.

Akan bersambung....nak sidai baju sekejap...si TOSHIBA dah habis membasuh

Wednesday, February 24, 2010

MY FAMILY DINNER TO NITE





Some of my friends are having Satay Party in Kajang.....happy sateing.

As I promise to Mek Sham I would let her know what's cooking tonite. Actually my dapur dah beberape hari tak berasap due to some of these reasons :

1. We have to entertain the women volleyball players from Hong Kong, Singapore and Sibu

2. Singgah rumah our parents.....biaselah kena makan dulu baru boleh balik sbb temankan dia org makan.

3. I was not feeling well..demam ....so I thought stay in bed would help me to recover...but it does not.

Tengok semalam my husband masak ayam masak kicap....alamak kesiannya..coz dia dah lame pencen drp memasak. (He make more mess than the actual cooking.....so abang Shaha, Che Din has lost skill on the Kambing receipe)

Sampai rumah I dapat surat Jemputan...I think u pun tahu surat jemputan ape. So today...I told them I am going to cook English Dinner....and everyone is happy especially Aiman....so I pun take orderlah and end-up masak the followings:

1. Braise Herb Chicken with garlic and butter sauce

2.Fry Breaded Chicken Chop with Black Pepper Sauce

3. Potato Salad

4.Whip Potato

5.Tomatoes Salad

6.Macaroni & Cheese

At least the dinner make my sons happy after the hard day yesterday, and at the moment nobody disturb me watching my favorite movie "Pretty Woman" starring Julia Robert and Richard Gere....by the way Mek Sham u dtg dgn family ke. Nak makan mai lah ke JB...insyallah.I don't mind cooking for u. 

Tuesday, February 23, 2010

MENSYUKURI DENGAN KEHIDUPAN YANG ADA


I tak berape sihat hari ni, but since kawan dah call malam tadi dia dtg drp KL dan stay overnight di JB nak bagi talk for CIDB kat Puteri Pan Pacific.....so I pun pegi lah jumpe kawan awal pagi kat hotel sambil breakfast. Sebenarnya makanan kat gerai tepi surau tu lebih sedap atau pun breakfast dgn my parent lebih sedap, nak lebih lagi sedap lempeng kelape yang I buat, makan pulak dgn asam pedas ataupun kari yang I masak malam semalam....fuh mengancam.

Sbb dah lame tak jumpe dan kawan2 selalu tolong I utk dapatkan maklumat utk tesis I. Friends ramai yg so supportive...spt Che Mat Doha yang akan membebel kat I, kak Ros yang I selalu ajar dia yang dia dah graduate Diploma but I masih tak siap2..projek paper dia I yg buat. I dok jugak berdiskusi dgn my friend ni. Since dia org besar jugak di Alam Flora, so banyak lah connection nya berbanding I yang DO (dapur officer). Same-same buat Phd tapi dgn tujuan yg berbeza.....dulu2 pun same2 buat Master dgn tujuan yang hampir same.

Sambil ber diskusi....sekejap2 tel my friend berbunyi....and she have to answer to every call. Masa tu I rasa bersyukurnya kehidupan I, coz I boleh pesan kat my associate that I need sometime for myself and I would let u know when I am ready....I cume perlu jawab kalau my parent call...ni kena jawab sbb nak collect pahala....bos tak kisah sbb sebelah I aje. Terpikir juga, Kalau I nak kerja....bersediakah I dgn situasi bergini??????.

Tadi on the way balik drp UTM kami dok berbincang.....my husband kate I can't understand why some parties have to have satu kampung utk datang mtg utk meluluskan sesuatu usul...I lagilah tak paham. That why...dia kate we have to live dgn life yg kami ade skg.....at least we are sincere with our self. I agree aje......since I punya decision making mudah aje. ...mtg dlm kereta dah selesai......rase kurang confidence...sembahyang Isytiharah 3 hari.

Sunday, February 21, 2010

My family's pet

Assaalamualaikum,

Teruja pula saya untuk menulis fasal peliharaan haiwan dirumah saya.

Terdapat 3 haiwan peliharaan dirumah.

1. Arnab
Nama dia Lis. Dia arnab betina berwarna putih. Jinak, tapi akan bertukar "agresif" masa dia lapar. Dia makan rabbit food.

2. Kucing
Nama dia Blue. Dia kucing betina yg berbulu lebat. Kucing yang sangat manja. Makan cat food berjenama "Science Planet". Resently gave birth to 3 kittens (Coco, Caramel & Casper)

3. Hamster
Nama dia Blacky. Hamster jantan yg sangat aktif diwaktu subuh. Dia tidur waktu siang dan aktif diwaktu malam.

Setiap hari saya melihat ketiga2 binatang ini dengan memuji Allah. Ketiga2 binatang ini dijadikan Allah supaya manusia dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Binatang2 ini jinak dan manja. Jika kita berbuat baik dgn mereka ikhlas, maka lumrah alam, mereka akan baik dgn kita dan Allah akan memberkati kita.

Maha suci Allah & segala pujian kepadaMu.

Wednesday, February 17, 2010

Testing...

Testing...

Tak tau kenapa, tiba2 tak dpt nak post comment sehari dua ni...
Mad (si-fu), kenapa ye?
I cuba post comment kat I Amsterdam, tapi berpuluh kali cuba, tak dpt nak click icon dlm "post comments box" tu...

Sunday, February 7, 2010

Winter In Amstelveen

Assalamualaikum friends,

I have been wanting to write something in the blog, but somehow one way or another, things seem to get in the way. Anyway I hope I manage to post something today as my internet line tends to be disconnected for some reasons.

Well, as you all know it's winter now and it's so different from last winter. When my son and I arrived here last winter(Dec 2008), there was no snow at all, but it was freezingly cold and the canals and lakes were soon frozen. But this time, it has been snowing since before christmas, throughout the month of January and also early February. The weekend before christmas was the most wonderful, there was so much snow (about 1 foot of snow), and it was so unusual and so unlike Holland! People had been saying that they had not seen that much of snow since they were small! Everybody went out and took pictures, even the Dutch! I believe the whole of Europe was affected, in fact that same weekend the Eurostar train services was disrupted and passengers were trapped under the English Channel.

These pictures were all taken within walking distance from our house. The almost frozen canals and the wild ducks make it so picturesque..





My son and our visitors





Friday, January 29, 2010

Insyallah Kapalterbang Dah Jumpe Airport


Saje nak buat pengumuman, insyallah kapalterbang I dah boleh nak landing sebab dah jumpe jumpe tiket kapalterbbang semula mase kemas barang tadi. Rupenya tiket tu depan mata.....tu lah akibatnya beli tiket kapalterbang tapi lupe nak tengok tiket tu untuk penerbangan ke mana....main naik aje kapalterbang lepas tu tengok kiri kanan jalannya macam tak betul aje.

So di sebabkan kemarin dulu my Che Din terjumpe dgn keluarga Mat kat Extra Taman Suria....Zura isteri mat kate Mat nak balik bulan Jun...tu yang I tunggang langang cari kompas nak siapkan thesis I. Takut nanti Che Mat balik nanti jawapan I same aje tengah menulis....harap2 kali ni paling kurang pun correction.

So tadi I buat appointment dengan my husband.... I nak bincang pasal thesis writing I ni drp A to Z. So dgn berat hatinya husband I pun terpaksa akurlah....walaupun dia kurang faham tapi soalan2 dan komen dia membantu sangatlah I untuk mengemaskinikan hasil nukilan I tu dalam 2 jam jugaklah. Kalaulah I duduk bincang dgn my husband lebih awal...rasenya dah lame habis thesis I.

Oklah dah malam, Che Din pun dah berdengkur kepenatan sbb terpaksa memikirkan perkara2 berkaitan dgn Sains yang bukan bidang dia di sebabkan nak jaga hati I.

Friday, January 15, 2010

Ukhwah Kita...

Assalamu'alaikum w.r.b!

Mungkin video ni ada yg dah pernah tengok...bg yg belum tgk, ada masa free, bolehlah tengok2...

Mungkin Sang Singa dlm video ini mempunyai perasaan yg sama dgn saya...happy viewing!

Monday, January 11, 2010

I DAH PENCEN UTK BERGATHERING





I dah lupe ape occasion ni. Antara 2 aje jawapan nya..

a. Giliran Rumah Kak Ani dgn Kak Yan untuk adekan majlis berbuka
b. Hari Raya kat rumah Kak Ani dan Kak Yan.

kalau dulu2 cakap ade majlis makan2 aje semua org dtg tak kira dtg naik keretapi ataupun bas dan ade yang berjalan kaki. Sekarang tak payahlah masing2 dah sibuk dgn urusan masing2.

Selain daripada Mek Sham, Kak Ani, Kak Nor, Mohd, Masnoor, Mil, Abg Shaha dan Dr latif...yang lain I tak pernah jumpe. Ade jugek dengar suara2..

MY SIS









Post I kali ini I dedicate to My Sis Kak Ani. Sebelum Kak Ani datang join Club Civil....I tak ade kawan lain kecuali Malek dgn Masnoor. mamat tu dua orglah teman aku nak berbual. Disebabkan I duduk sorang2...jadi I selalu simpan perbualan daripada petang, malam dan pagi...utk berbual cakap melayu bile jumpe Masnoor dgn Malek. Kalau Malek tipu I pengalaman dia naik kapal terbang Aeroflot pun I main percaya ajek...dia kate pramugari dia gemok2lah, bagi ayam satu ekor dan lain2 lagi. Walaupun Masnoor kate I cakap banyak....I tak kisah sbb bile dia org dah balik I tinggal sorang dlm bilik tengok pokok dan dinding.

Cuba kawan2 tengok bile ade akak I senyum aje, merasa jugaklah I berjalan-jalan ke Amsterdam. Dalam kapal kami beli semua bed supaya kita org senang nak sembahyang. Minah salleh 2 org tu anak dara Mr Baker dgn kawan dia....sbb nak cukupkan 4 org sebilik utk the ladies. Walaupun kak Ani tak pernah muncul dlm blog tapi I tahu dia masih membaca.

Nak kenalkan jugak yang Mat Hensem tgh tersenyum tu namenya Cheelle, dia kerja kat JKR di Kenya. Dia kalau becakap lembut aje dgn I, tapi Masnoor suka menyakat dia.

Dulu mase berjalan dgn Kak Ani I selalu mintak nak pergi tempat yang mengarut-garut nak masuk disko lah. Terpaksalah kak Ani beralas kenape tak boleh pergi.....mase tu I muda belia...main bantai aje kalau nak buat ape2. Sekarang dah kahwin barulah tahu batasannya. Anyway at least dapat jugak I pergi naik cruise, pusing2 kat amsterdam, zoo, pergi library dan beberape muzium

WAJAH_WAJAH GLAMOUR SAHABAT2 KITA

Since abang Shahar dan dr latif kita selalu tengok blog tapi sampai sekarang belum mengepos2 lagi....dan che mek kita dah boring dgn cerita2 yang dah basi...so I pun terposlah gambar ini.

Ini adalah gambar2 brother kite 25 tahun yang lalu. Mengikut cerita my husband, masa tu my husband tinggal serumah dgn brother2 yang belajar tailoring ni....dan mengikut cerita brother shahar mereka pindah drp woolwich utk join brother2 ni (sorry about the grammer sbb dah mengantuk).

Kepada shahabat2 yang tak kenal brother2 ni...ni I nak kenalkan sbb our family masih in contact dgn jejaka2 di atas.

1. Den Wahab - Celebrity, Pelakon dan Towkey Jahit Menjahit yang berjaya
2. Din Dion - Towkey Jahit menjahit yang berjaya jugak, ade kedai kat Cambell Complex dan JB
3. Zul Larkin Klasik - Towkey Jahit menjahit
4. Azhar Kecik - Towkey Jahit menjahit yang berjaya jugak

Fish Talk...

"Hai...mana semua orang ni??? Sibuk sangat ke..."

Friday, January 8, 2010

Back to work...

Assalamu'alaikum sahabat2 yang dikasihi sekelian...

Hello 2010...Goodbye 2009!

Sepatutnya cuti saya berakhir 6 Jan 2010, tapi malangnya terpaksa batalkan cuti pd 6/1 sbb bos2 dari KL turun ke Kuching, ada taklimat penting & ada mesy penting pd 7/1. Sudah2nya, bkn setakat cuti kena cancel, appoinment utk health c/up kat hospital pun tertangguh..

Penat (??!) bercuti selama 9 hari belum sembuh, dah bertimpa2 tugas yg mendatang...biasalah, bila tinggal ofis lama sikit. Setiap pg, i really need to have heavy breakfast sbb selalu miss soru waktu tghari (kecuali kalau hari2 yg ada meeting or ada pelawat atau majlis...dah tentu dpt mkn free). Kalau ada sedikit masa rehat slpas solat pun, saya prefer utk baring sekejap dlm bilik utk relax kan urat saraf yg tersimpul, tertegang dsb. Walau mcmana penat sekali pun, bila hati rasa puas menyempurnakan tugas, rasa berbaloi & terubat semuanya. Saya rasa, semua org lain pun begitu juga...

Apa2pun, saya nak kongsi beberapa keping gambar yg membuatkan saya rasa segar bila melihatnya (diambil semasa di Cameron Highland, menggunakan kamera "chikai" saya...so, mgkn mutunya krg memuaskan, tak secantik gambar2 yg Mad ambil)...





Alangkah indah dan damainya kalau rumah saya dikelilingi oleh tanaman2 ini...how i wish...berangan sekejap...







Bila masuk kebun2 ni, rasa mcm tak nak balik...
Bila kembali ke pekan (hotel penginapan betul2 kat centre pekan Brinchang...byk hotel lain dah penuh dan rate at peak season mahalnya melampau2...), rasa mcm nak balik ke Kuching...hehehe...
Blog Widget by LinkWithin