Tuesday, August 31, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


Tak tahu lah ade ke sahabat2 yang nak membaca ucapan ini.....sebab blog ni rasa nya sawang dia dah tebal sebab lama tak ade orang datang melawat untuk membersihkan nya. Mungkin kot kalau ade pun mungkin Che Mohd Jeddah atau pun Che Not Gohead Gostan. Ni Che not dah dapat baby baru Hana...balik kali ni dok sebuk membelek Hana ajelah.

Anyway, di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf Zahir dan Batin kepada sahabat2 yang mengenali diri saya. Jemput lah datang ke rumah di Johor Bahru jika ade kelapangan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Shamsuria Ariffin kerana telah bersusah payah mencarikan Kek Lapis Sarawak untuk orang2 yang mengidam di rumah I ni. Insyallah akan sampai lah kami ke Kuching selepas habis urusan haji nanti. Jalan2 semasa raya....rasa nya kena tengok mood boss kita2 dulu lah kot. Keep in touch.

Ikhlas daripada

ZAINUDDIN EMBONG
ZALEHA MUSLAN
MOHD AIMAN ZAINUDDIN
MOHD AZIM ZAINUDDIN
NUR SURAYA HANI ZAINUDDIN
NUR ALIAH NAJIAH ZAINUDDIN

Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Salam kepada Kengkawan,

Seperti yang Masnoor kate kan dah lama blog ni mengumpul sawang. Bukan ape sekarang ni perlu kurangkan masa exercise tangan ketuk keyboard dan lebihkan exercise badan gi brisk walking supaya boleh dapat hadih Baju Kebaya untuk Beraya dan Bergaya daripada kawan-kawan. Last week gi jalan2 kat Jongker Street tengok2 baju kebaya. Bukan ape supaya senang nanti bile Mohd, Masnoor, Mil tanya...U nak yang mana satu ?...so that I dah boleh emailkan pilihan hati I.

Seperti biasa, tengah diet ke tidak, tugas memasak masih terus di perjuangkan...tambahan plak bulan puasa ni....dapur sentiasa berasap kalahkan org belajar kat overseas yang tak jumpe Bazar Ramadhan.....sbb kami tak gi beli makanan kat bazar....keluarga lebih selesa makan masakan I. Semalam masak Nasi Ayam Hainan sempena tengok org beratur beli nasi ayam ni kat restoren di Jongker Street di Melaka. Cume puasa ni agak sunyi sikit sbb dah tinggal kami bertiga aje di rumah. Se hari sebelum puasa pagi2 Che Din dah kejut suruh masak Roast Chicken and Bake Macaroni Bolognese pi hantar makanan kat anak2 di University....utk dia org makan mummy food utk bersahur.....kami plak bersahur masakan hotel sbb tidur kat hotel di Melaka. I rasa Mek Sham and Bro Zul also share the same feeling with me, except my boys tak pernah duduk boarding school sbb miss mum cooking, sweet smile and auuta..I guess.

Akhir kalam selamat menyambut puasa, semoga Ramadhan ini di penuhi dengan sebaik-baiknya.

Wassalam 





Blog Widget by LinkWithin