Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha Dari Doha




Saya ingin mengucapkan Salam Adil Adha Dari Doha Maaf DZahir Batin.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil Adha
Buat semua
Mohon Ampun Atas Segala Kesilapan…

Salam Ikhlas Dari Kami Di Kuching, Sarawak

Saturday, November 21, 2009

CUTI SEKOLAH




Ha dah cuti sekolah....mak-mak yang jadi drebar bas sekolah bolehlah raya hindu sbb boleh gantung stering keta. Tapi jangan lupe kena ganti dengan sudip dan kuali....sebab anak2 kat rumah asyik lapar aje. Restoren mama pulak bukak 24 jam mengalahkan restoren mamak yang ade main tukar2 shift. Dobi jangan katelah...kalau washing machine tu boleh bercakaplah....dah lame mintak balik negeri. Ini baru anak 4 orang.....yang anak ramai macam masnoor macam manalah agaknya. Bapak yang anak2 ramai nak datang bercuti pulak sibuk mencari tilam sebab tiba2 terasa rumah yang ade ni terkecik pulak sebab selalunya duduk bujang.
Dulu2 rasenya masa cuti sekolah tak macam ni. Banyak acara permainan kampung yang dah di rancang....sbb dlm family perempuan tak ramai..jadi game lebih kepada permainan lelaki (ikut abang2). Paling terror buat kapal laut & kapal terbang Tamiya, main getah, main guli, gasing, galah panjang dll tu belum campur main buat senapang kayu pakai peluru buah ceri. Main sembunyi2 acara wajib....jangan lupe AEIOU....vowel pun boleh jadi permainan. Dari segi pembinaan pulak...siap buat rumah atas pokok...berangan jadi The Robinson Family. Kadang2 kalau ade kawan perempuan main jugak patung kertas yang 5 sen. Kalau nak lebih kreatif buat patung pakai suratkhabar gulung2....utk jadi rangka, kepala pakai kulit telur...lepas tu pakaikn baju drp kain perca.
Kalau makan pulak tu standardlah pagi2 dah ade jemput2 ikan bilis satu pinggan dengan air kopi satu teko. Kalau ade lebih nasik semalam buat nasik goreng. Tak pandai nak order2 dan boring2 dgn makanan yang mak sediakan. kadang2 kalau musim ketam pergi ke laut cari ketam...paling tidak pergi rumah jiran belajar buat jala dan joran buluh, paling cekai pun memancing pakai tin susu. I terror buat jala dan seronok zaman kanak2 I. My husband tak terror sangat sbb dia org PJ...Petaling Garden tak duduk kampung macam I.
Sekarang masa dah berubah...rumah pun dah tak ade laman, nak kelaut pun laut dah tercemar. Budak2 pun dah tak creative lagi...asyik dok mengadap TV dan komputer aje. Kena hujan sikit dah demam. Sikit2 mama....kalau di kira panggilan mama kat rumah dalam satu hari...rasenya ade mencecah 150x. Tapi tak pe...layan dia mase dia dok berkenankan kita....kalau dah tua baru nak tercari anak...takut anak pun dah tak minat dgn kite. Kadang2 kesian kot anak2 sekarang sangat limited ruang utk berkarya.










Wednesday, November 18, 2009

Malaysian National Day Celebration in Doha


n
o
Kak Natipah and Kak Yang


Cutting of National Day Cake



Me and His Excellency Deputy Foreign Minister




His Excellency Dato' Shahrul Ikram and Wife, Ambassador of Malaysia






I have been invited to attend the National Day Celebration in Doha yesterday 17 November 2009. Among the invited guests are His Excellency the Deputy Foreign Minister of Qatar, Foreign Ambassadors in Qatar and Malaysian working Qatar.

Tuesday, November 17, 2009

Dinner @ Rumah Malaysia Doha

Attended an invitation by Yang Berbahagia Dato' Shahrul Ikram the Ambassador of Malaysia to Doha, Qatar for Dinner at his residence together with Minister of Higher Education, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Khaled Nordin and Malaysian University Vice-Cancellors.













Welcoming Speech By Y. Bhg Dato' Shahrul Ikram

Universities Vice Chancellors and Professors (Tan Sri and Datuks)













Minggu Ni nak Beli Ibanez AM


Hujung minggu ni I nak beli IBANEZ AM untuk guitar karen I. kalau tak ade am ni untuk guitar....macam pakai baju tak ade tudunglah....tak lengkap. Anak jiran I dah negotiatekan dgn seller drp Singapore. Beli yang second hand aje tapi spec lengkap dengan effect board sekali....bunyi di boleh Jeng,Jeng,Jeng. aduh sungguh mengancam. Kalau yang baru mahal...mau makan beribu. Kalau jadik buat gathering nanti I bawak set guitar karen I sbb nak berduet dgn guitar tong Masnoor.

Surah Al Khauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & di turunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga, Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini di sifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana di turunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya dan bapa saudaranya Abu Talib

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyallah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah di bacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

4.Jika rumah di percayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika sholat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membaca sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah dan di zalimi.

Wallaahualam

Monday, November 16, 2009

I MALAS DAH NAK JADI ENGINEER


I rase dah malas nak jadi engineer.....sbb kontraktor2 sekarang yang dapat jobs banyak yang b----h, yang bagus2 banyak yang tak dapat job.....kalau dapat pun memang rezeki yang allah nak bagi. Tapi projek I ni memang daripada mula pun dah mensasar daripada perancangan.....ni lah apabila ramai orang yang tak jujur semasa berkerja. betul kate Masnoor.....sekarang ni tak payah jadi engineer sbb tak berbaloi. nasib baik anak2 I tak nak jadi Lawyer atau Civil Engineer.

Dulu mase I mule kerja...apek2 pun pandai bace pelan dan kerja ikut procedure. Mereka ajar I kalau kerja tak bagus.....nanti tak ade muka (macam muka tak malulah...). Yang ade sekarang bukan takat tak ade muka tapi terlebih pandai auta.
Blog Widget by LinkWithin