Friday, March 19, 2010

I DAPAT ANAK SAUDARA ORANG BELANDA


Since Abang Shaha dok tayang gambar org naik pelamin, I pun nak tayang gambar anak saudara I naik pelamin last Saturday. I pun dapat anak saudara Org Belanda pengantin lelaki tu.

MY FRIEND IS KHAN


THIS IS MY BEST FRIEND, HIS NAME IS KHAN @MOHAMED. I KENA JEK MAMAT NI SIKIT SEBAB INSYALLAH DIA DAPAT TAWARAN BERKERJA DI KSA. KIRA I NAK GI UMRAH SIAPKAN TAMBANG AJE YANG LAIN TANGGUNG BERES.

HARI TU I PAKSA DIA BUATKAN BIRTHDAY PARTY I WALAUPUN LAMBAT SEBULAN, KIRA OK JUGAKLAH 2 KELUARGA CELEBRATE KAT RESTOREN ZZ SETIA TROPIKA. DULU2 MASE I COMEL RAMAI KAWAN2 BUAT JAMUAN UNTUK CELEBRATE BIRTHDAY I.

SAHABAT I NI SEMAKIN HENSEM MACAM TOK2 ARAB KAT UTM. TAPI KALAU ADE CITE2 NAK JADI MUTAWIF UNTUK BUAT TAMBAH PENDAPATAN KENA TUKAR IMEJ SIKIT....PAKAI JUBAH, HIGAL DAN JANGGUT KASI PANJANG SIKIT.

Monday, March 8, 2010

Sedikit Renungan Bersama…

Salam Sejahtera buat sahabat2ku yg dikasihi sekelian...Ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia Utk Semua Insan Bergelar WANITA!(8 Mac 2010)

...Entah kenapa tiba2 datang mood nak hantar sesuatu ke blog. Mgkn agak panjang, so, kalau larat & ada masa, sudi2kanlah membaca...bahagian2 akhir nanti InsyaAllah ada sedikit message penting utk dikongsikan bersama utk sahabat2 yg bergelar ibu & bapa...

Pagi ni, 8/3/2010 aku terjaga agak lewat dari tidur...mgkn akibat teramat penat selepas 3 hari penuh menjalani training di hotel. Jam 6.00pg, aku terkejut apabila mendengar suara anak2 yg rupanya sudah berpakaian uniform sekolah, siap untuk menunggu van. Sambil bingkas bangun dari katil aku sempat bertanyakan anak2, "dah solat subuh, dah ambil duit bekal?". Sambil meluru ke bilik air, aku sempat juga mengarahkan anak supaya cepat turun ke bawah, buka gate dan sarapan makan koko crunch ajelah, sbb ummi dah tak sempat nak masak apa2 lagi...

Setelah solat subuh, suamiku memberitahuku bahawa van sekolah masih belum sampai...jadi kami bergegas siap sedia kerana terpaksa hantar anak2 ke sekolah bimbang kalau2 terlewat nanti, kesian nama mereka akan dicatat oleh pengawas sekolah, dan jln utk kami berpatah balik ke arah tempat kerja agak jam di sebelah pagi. Sesampai di sekolah, hantar yg kakak dulu ke sekolah menengah...setelah bersalaman, dia melangkah keluar dari kereta dgn wajah girang mgkn kerana sedang menghitung hari utk memulakan alam persekolahan baru di MRSM 2 minggu lagi. Kami terus meluncur ke penjuru belakang sekolah kerana si adik boleh masuk ke sekolahnya melalui gate kecil, sekolah rendah & menengah hanya berkongsi pagar bersebelahan.
Selepas salam anakku berkata,"hari ni ada ujian, ummi..". Aku terus menjwb, "Iya? Ujian apa?". Dgn selamba dia menjwb,"Entahlah...tak ingat...", sambil melambai tgn dan terus meluru ke pintu pagar. Kami berpandangan dlm kereta , dlm hati kecilku, aku tertawa sendirian, aku dulu pun sekolah selamba juga, tak pernah study kat rumah masa sekolah rendah, dpt no 1 & 2 juga...tapi takdelah sampai tak ingat ujian apa...

Hai...dlm perjalanan ke pejabat, fikiranku melayang2 sementara suamiku memandu dgn resah sbb mengejar masa & jln pulak jam. Aku terkenangkan anak sulung ku yg kini nampaknya agak sedikit gelisah di rumah menunggu keputusan SPM tak lama lagi. Ya Allah, berikanlah dia keputusan yg kami harapkan dan peluang yg baik utknya. Sesekali, aku terdengar juga suaranya dlm kehenian tgh mlm bersolat hajat dan membaca al-Quran ... aku turut mengiringinya dgn doa...
Terkenang juga anak ke2 yg sdg belajar di KB, akan menduduki SPM tahun ini...

Sedar2, dah sampai ofis...spt biasa, sblm jam 8, aku buka FB dulu dan ada satu nota aku terima dari seorang sahabat karibku di Kelantan. Hatiku rasa amat terjentik dgn nota ini, tergenang airmataku dan aku terasa terpanggil utk berkongsi dgn sahabat2 yg aku kasihi di ruangan ini...

JIKA ADA KELAPANGAN, SILAKAN BACA NOTA INI UTK PERINGATAN KITA BERSAMA...

Buat renungan ibu dan bakal ibu.....Share
Today at 4:13am
Ibu & Ayah : Begitukah Akhirnya?
Share
Today at 2:22am
Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

***************************************************************************

Untuk renungan wanita bergelar ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Petikan ini dari www.zaharuddin.net

Friday, March 5, 2010

RESULT SPM DAH NAK KELUAR


Saya nak buat pengumuman result SPM tahun 2009 dah nak keluar pada hari Khamis 11hb Mac 2010 ni. Anak-anak, mak-mak dan bapak-bapak dah mula lah tertanya2.....apelah keputusan yang akan keluar.

My son Azim dah mula gabra....kalau tidak sebelum ni sibuk dengan Dot A aje. I kate ape2 pun redha ajelah ape yang dapat.....tapi untuk berdoa sempat lagi ade beberape hari.

Mek Sham dah bolehlah book tiket BELON.

Wednesday, March 3, 2010

Idea...

Idea KU beKU...!!!!

LAWATAN KE PETROSAINS KLCC CUTI SEKOLAH NI


Nak buat pengumuman, Sempena cuti sekolah bulan Mac ni satu lawatan ke Petrosains akan di adakan Pada hari Selasa pertama cuti sekolah bulan Mac 2010. Hari bulan u all check sendiri sebab biasalah towkey mana ingat hari bulan.

Lawatan akan di mulakan bile gate dia bukak dan habis bile gate dia tutup......ni kalau Mek Sham yang jadi Facilitator. Kalau I tambah dengan briefing sekali. Di wajibkan mak2 pergi dengan anak2 sekali

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah confirm melalui email.

Itu aje nak kate

Tuesday, March 2, 2010

February Break In London

Assalamualaikum kawan-kawan,

Since school holiday is the proposed topic, I wish to write a little about our trip to London. We went there last Thursday and just got back here on Sunday. To be honest I never thought that I would go back there again and as the plane was flying over Gatwick airport, I was having these little butterflies in my stomach, a little excited and anxious to see London again.

Like any other tourists, we went to all these places Tower Bridge, Big Ben, Tower of London, Buckingham Palace etc. They looked just the same as I remembered, but some of them were different! There were no pigeons at the Trafalgar Square anymore and somehow, Marble Arch did not look as big as I thought!! The underground is having major upgrade and caused disruptions during our journey. Oxford Street was just the same, full of people!!

I would have loved to see Greenwich and Bayswater again but we didn't have time to go there. The MSD had moved from Braynston Square (sorry, not sure of the spelling) to Bayswater. I heard that the food there and at Tok Din's Restaurant, also in Bayswater was not bad. We didn't eat there but we did eat at Jom Makan at Trafalgar Square, unfortunately the food is not so good :( My husband did bring me to Pizza Hut at Marble Arch since I used to work there as a waitress :)

4 days holiday is definitely not enough, we need to budget for more than that, especially if we want to visit down memory lane :) We went there with another family and here is some photos of us and the other couples' kids.





Blog Widget by LinkWithin