Monday, March 8, 2010

Sedikit Renungan Bersama…

Salam Sejahtera buat sahabat2ku yg dikasihi sekelian...Ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia Utk Semua Insan Bergelar WANITA!(8 Mac 2010)

...Entah kenapa tiba2 datang mood nak hantar sesuatu ke blog. Mgkn agak panjang, so, kalau larat & ada masa, sudi2kanlah membaca...bahagian2 akhir nanti InsyaAllah ada sedikit message penting utk dikongsikan bersama utk sahabat2 yg bergelar ibu & bapa...

Pagi ni, 8/3/2010 aku terjaga agak lewat dari tidur...mgkn akibat teramat penat selepas 3 hari penuh menjalani training di hotel. Jam 6.00pg, aku terkejut apabila mendengar suara anak2 yg rupanya sudah berpakaian uniform sekolah, siap untuk menunggu van. Sambil bingkas bangun dari katil aku sempat bertanyakan anak2, "dah solat subuh, dah ambil duit bekal?". Sambil meluru ke bilik air, aku sempat juga mengarahkan anak supaya cepat turun ke bawah, buka gate dan sarapan makan koko crunch ajelah, sbb ummi dah tak sempat nak masak apa2 lagi...

Setelah solat subuh, suamiku memberitahuku bahawa van sekolah masih belum sampai...jadi kami bergegas siap sedia kerana terpaksa hantar anak2 ke sekolah bimbang kalau2 terlewat nanti, kesian nama mereka akan dicatat oleh pengawas sekolah, dan jln utk kami berpatah balik ke arah tempat kerja agak jam di sebelah pagi. Sesampai di sekolah, hantar yg kakak dulu ke sekolah menengah...setelah bersalaman, dia melangkah keluar dari kereta dgn wajah girang mgkn kerana sedang menghitung hari utk memulakan alam persekolahan baru di MRSM 2 minggu lagi. Kami terus meluncur ke penjuru belakang sekolah kerana si adik boleh masuk ke sekolahnya melalui gate kecil, sekolah rendah & menengah hanya berkongsi pagar bersebelahan.
Selepas salam anakku berkata,"hari ni ada ujian, ummi..". Aku terus menjwb, "Iya? Ujian apa?". Dgn selamba dia menjwb,"Entahlah...tak ingat...", sambil melambai tgn dan terus meluru ke pintu pagar. Kami berpandangan dlm kereta , dlm hati kecilku, aku tertawa sendirian, aku dulu pun sekolah selamba juga, tak pernah study kat rumah masa sekolah rendah, dpt no 1 & 2 juga...tapi takdelah sampai tak ingat ujian apa...

Hai...dlm perjalanan ke pejabat, fikiranku melayang2 sementara suamiku memandu dgn resah sbb mengejar masa & jln pulak jam. Aku terkenangkan anak sulung ku yg kini nampaknya agak sedikit gelisah di rumah menunggu keputusan SPM tak lama lagi. Ya Allah, berikanlah dia keputusan yg kami harapkan dan peluang yg baik utknya. Sesekali, aku terdengar juga suaranya dlm kehenian tgh mlm bersolat hajat dan membaca al-Quran ... aku turut mengiringinya dgn doa...
Terkenang juga anak ke2 yg sdg belajar di KB, akan menduduki SPM tahun ini...

Sedar2, dah sampai ofis...spt biasa, sblm jam 8, aku buka FB dulu dan ada satu nota aku terima dari seorang sahabat karibku di Kelantan. Hatiku rasa amat terjentik dgn nota ini, tergenang airmataku dan aku terasa terpanggil utk berkongsi dgn sahabat2 yg aku kasihi di ruangan ini...

JIKA ADA KELAPANGAN, SILAKAN BACA NOTA INI UTK PERINGATAN KITA BERSAMA...

Buat renungan ibu dan bakal ibu.....Share
Today at 4:13am
Ibu & Ayah : Begitukah Akhirnya?
Share
Today at 2:22am
Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

***************************************************************************

Untuk renungan wanita bergelar ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Petikan ini dari www.zaharuddin.net

2 comments:

  1. Tahniah buat Mentari Jingga serta keluarga kerana anak (Umair)berjaya mendapat 11As dalam SPM. Kami turut berbangga di atas kejayaannya. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...terima kasih. "As" bukanlah segala2nya...masih jauh perjalannya. Pembetulan, Uzair (anak sulung). Umair, adiknya, akan SPM tahun ni.
    Anak2 Abg Shahar pun hebat2 juga...

    Sama2 kita doakan kejayaan anak2 kita semua, agar menjadi anak2 soleh & solehah, bakal penyelamat kita di akhirat nanti...InsyaAllah...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin