Wednesday, December 30, 2009

PERCUTIAN BERSAMA ANAK 2009

I tak sempat nak letak gambor...harap-harap ade kawan2 yang letak gambar. Kami selalunya kalau berjalan tak bergambor sbb my Daughters kate pengalaman tu di rekodkan di otak.

Rasanya jangan nak mimpilah nak buat gathering sbb percubaan I untuk mengumpulkan kawan2 selalunya tak berjaya. Balik2 I dengan Mek Sham....so kami dah pencen dah nak organisekan gathering.

Anyway kami enjoy jugaklah penghujung tahun 2009. Dapat jumpe Masnoor yang lame I tak jumpe dan berkenalan dengan keluarganya yang besar. Padanlah masnoor sayang sangat kat wife dia, sbb boleh handle banyak benda sendiri. Buat mase ni I yang terperasan yang I terrer sbb boleh handle anak 4 aje...tu pun hubby 24 jam sebelah I, kerja rumah, opis dan belajar. So sekarang ni I sentiasa bersyukur dengan ape yang I ade.....azam tahun baru, tak mahu lengah2 sembahyang.

Tak sangka juga nak kerumah masnoor lebih cepat daripada Johor Bahru berbanding daripada Kelang. Tapi yang bestnya inilah pertama kali lesen kereta I yg 20 tahun ni bawah kereta daripada Melaka ke Bukut Beruntung.....itu pun sbb Che Din I mengantuk....so kita ingat mek sham akan ambik mase dlm 1 jam ke rumah masnoor....so I pun pecutlah drp Melaka, laki I sebenarnya tak boleh tidur kalu i bawak kereta.....i selalunya jadi Leading stewardess.

Anyway enjoy jugaklah so besoknya masing2 pun sibuk dengan agenda percutian bersama dengan anak2

Sebab tu banyak tempat berbeza konsep sbb masing2 ade citarasa percutian sendiri

Keluarga Mek Sham -

Percutian ke Tanah Tinggi - Genting highland dan Cameron Highland

Keluarga Masnoor

Percutian Mengenal Binatang - Zoo Negara

Keluarga I

Percutian Menikmati Kemerdekaan dan tempat Bersejarah - Ke Muzium dan tempat bersejarah di Seremban dan Melaka (sbb kali ni bawak anak2 perempuan aje...one seed like mummy - bak kata Mil)

Keluarga Mil

Percutian Kekeluargaan - Pergi kerja kahwinlah.....dan ber jam di Melaka

Keluarga abang Shaha

Percutian Di Pulau - Ke Pulau Langkawi


Yang lain2 tak tahu sebab senyap aje kot pegi obersi macam keluarga Mohd

Thursday, December 24, 2009

I AM BACK







Salam kepada semua kengkawan

My flight masa ni tengah stop over sebab krismes. Last Tuesday my Kak Ani datang JB so I dgn my PA Aliah pun pergi lah ke Pulai Springs Resort utk jumpe my sis tu. Cuma Kak Ani bagi terlalu short notice jadi tak sempat nak bawak di ke rumah I sbb JB sekarang ni dah jam akibat drp Iskandar Development....tu yang takut nak take the risk sbb flight kak ani ke Kota Kinabalu pukul 6 ptg. Next time, kak ani kena bagi tahu awal.

So kami pun lepak aje berbual kat bilik hotel. Aliah my PA berkenan sangat biliknya terutama sekali the enclosed closed so I pun attachkan photo bilik tu....siap dengan lukis plan lagi. Cuma nak bagi tahu akak, sepanjang perjalanan balik Aliah tak habis2 lagi cerita pasal bilik hotel tu...nak suruh I buat kat rumah. Nak tahu dia kate RM 50,ooo cukup tak untuk dapat almari macam tu....siap nak call Aunty Ani nak tanya macam mana nak order kayu daripada Sarawak. Dia ingat ni duit monopoly ke.

Satu benda yang kami tak sempat buat adelah pergi ke SPA hotel tu...sebab cuma ade 2 jam aje untuk lepak..may be next time....ni nak kena panggil semua Chek Kiah2 Thames ni untuk bergather2 di SPA.

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

Kunjungan Tn. Hj. Shahar ke Kuching...

Salam Ma'al Hijrah buat sahabat2 se"Thames" sekelian..

Semoga tahun baru hijriah ini, 1431H, membuka satu lembaran baru dalam kehidupan kita agar lebih cemerlang dan gemilang!
Kat sini saya buh 2 keping gambar Bro Shahar sewaktu beliau ke Kuching (kebetulan we were attending the same ceremony at Kuching Convention Centre i.e Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia). So, sempatlah kami berbual2 panjang...tapi sebenarnya saya tak berpeluang sgt pun nak bersembang dgn dia...nampak gaya kaum lelaki mendominasi perbualan, hehehe...Masa kat majlis, kami tak dapat duk sama meja...dia dgn geng2 koperat swasta, saya pulak kat meja peg kerajaan. 1st night kami dinner kat kedai aje, 2nd night baru kami sempat pergi ambil beliau kat hotel, bawa dinner kat rumah. Berbual punya pasal, hinggakan nak snap gambar lebih sikit pun terlupa (sama kes dgn semasa kat rumah Lia tempoh hari)...Hanya 2 keping ni aje sempat snap...takpe, hopefully next time lah pulak...buat kenangan bersama...


Tengoklah anak bongsu saya (Mohd.Zubair) begitu asyik mendengar Uncle & Abahnya bersembang sementara hidangan sampai ke meja...sebenarnya dia dah ngantuk tu...

Saya tak sempat pun nak masuk dalam mana2 gambar...cukup diwakili oleh handbag hitam atas meja aje...
Sebenarnya kalau diperhati pada gambar ni, wajah beliau tak byk berubah pun dari masa dulu2...cuma rambutnya aje yg lain style dgn dulu dan biasalah, bila hati dah senang tu, agak berisi dari dulu. Ini mesti kes dapat isteri yang pandai masak ni...

Untuk kawan2 yg lain, kalau ke Kuching, jangan segan2 nak bagitahu...kalau tak ada aral & kebetulan kami ada di Kuching, InsyaAllah...boleh jumpa...
InsyaAllah juga kami akan balik bercuti antara 25/12/2009 3/01/2009 (belum confirm sbb tiket dah ada, tapi tarikhnya belum book).

Wassalam...

Tuesday, December 15, 2009

MAJ Dulu Hingga sekarang

Saturday, December 12, 2009

Gambar dulu2..."You & I"


Raya Puasa di Rumah Puan Sri...

Salam 1 Malaysia!

Lama betul blog ni "membeku" rasanya...mungkin masing2 terlalu sibuk atau mungkin juga ada yg menjadi sudah "tawar" (harap2nya taklah)...
What so ever, thank you so much to Brother Mad & Sis Lia yg selalu menceriakan blog kita ni...
So, sebelum ianya menjadi "tawar" untuk diri saya, dlm kesibukan ini, saya sempat postkan sikit2 sebahagian gambar juadah masa beraya puasa di rumah Lia Sept 2009...
To Lia, sorry, it took so long for me to post these snaps...gambar2 kita (tapi takde pulak yg termasuk gambar Che' Din sbb masa tu asyik sibuk berborak, lupa nak amik gambar), banyak yg kabur (budak2 yg snap)...Tapi nanti I postkan jugak ye...







Haaa...yg ni pulak gambar masa makan2 kat gazebo depan rumah Lia...
Mana yg complete kami 6 beranak tu, maknanya sama ada Aiman @ Azim yg snap gambar tu...hehehe...tapi at least ada 1 keping gambar ngan Lia yg agak clear...







Blog Widget by LinkWithin