Saturday, December 19, 2009

Kunjungan Tn. Hj. Shahar ke Kuching...

Salam Ma'al Hijrah buat sahabat2 se"Thames" sekelian..

Semoga tahun baru hijriah ini, 1431H, membuka satu lembaran baru dalam kehidupan kita agar lebih cemerlang dan gemilang!
Kat sini saya buh 2 keping gambar Bro Shahar sewaktu beliau ke Kuching (kebetulan we were attending the same ceremony at Kuching Convention Centre i.e Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia). So, sempatlah kami berbual2 panjang...tapi sebenarnya saya tak berpeluang sgt pun nak bersembang dgn dia...nampak gaya kaum lelaki mendominasi perbualan, hehehe...Masa kat majlis, kami tak dapat duk sama meja...dia dgn geng2 koperat swasta, saya pulak kat meja peg kerajaan. 1st night kami dinner kat kedai aje, 2nd night baru kami sempat pergi ambil beliau kat hotel, bawa dinner kat rumah. Berbual punya pasal, hinggakan nak snap gambar lebih sikit pun terlupa (sama kes dgn semasa kat rumah Lia tempoh hari)...Hanya 2 keping ni aje sempat snap...takpe, hopefully next time lah pulak...buat kenangan bersama...


Tengoklah anak bongsu saya (Mohd.Zubair) begitu asyik mendengar Uncle & Abahnya bersembang sementara hidangan sampai ke meja...sebenarnya dia dah ngantuk tu...

Saya tak sempat pun nak masuk dalam mana2 gambar...cukup diwakili oleh handbag hitam atas meja aje...
Sebenarnya kalau diperhati pada gambar ni, wajah beliau tak byk berubah pun dari masa dulu2...cuma rambutnya aje yg lain style dgn dulu dan biasalah, bila hati dah senang tu, agak berisi dari dulu. Ini mesti kes dapat isteri yang pandai masak ni...

Untuk kawan2 yg lain, kalau ke Kuching, jangan segan2 nak bagitahu...kalau tak ada aral & kebetulan kami ada di Kuching, InsyaAllah...boleh jumpa...
InsyaAllah juga kami akan balik bercuti antara 25/12/2009 3/01/2009 (belum confirm sbb tiket dah ada, tapi tarikhnya belum book).

Wassalam...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Mentari Jingga dan warga XThames,

    Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semuga kita diberi keberkatan dan rahmat di sepanjang tahun ini.

    Ya lah Mentari, nampaknya Bro Shahar tak banyak berubah, cuma gempal sikit je... he he

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sampai juga Tuan Haji Shahar ke Kuching. Bila pulak yg dia org nak organise Reunion Thames Poly ? ke dah lepas.?

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam I Amsterdam! Ye lah, gaya cakapnya tetap maintain macam dulu2 juga.
    Mad, kita yg duk jauh2 ni tunggu khabar berita lah jugak dari kwn2 di sana...tak tahulah siapa yg nak tolong organise. I ni, kalau berkebetulan balik, seronoknya kalau dpt jumpa kawan2 lama ni...

    ReplyDelete
  4. Waalaikummussaalam I Amsterdam, terima kasih juga pada Mentari Jingga dan Bro Mat dan Lia yg sentiasa menceriakan Blog kita ni.

    Abg Shahar ni macam yo-yo kejap naik kejap turun berat badan, kalau makan sedap@ naik lah badan. Tapi la ni tengah cuba nak turunkan sikit. hihihi maklumlah umur dah meningkat





    Abg

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin