Saturday, October 31, 2009

Resepi Asam Pedas Lea

Zaleha Muslan: salam
MAJ: salam
MAJ: eh bukan u on t plane right now
Zaleha Muslan: tgh tunggu asarlah
Zaleha Muslan: lepas makan lauk ketam masak lemak, kailan ikanmasin, ikan bakar dan tahu goreng cicah kuah kicap, sambal belacan....terkenyang sgt kot che din...tgrdengkor nih be
Zaleha Muslan: weekend kena rest....layan family
Zaleha Muslan: lepas asar kena masak English meal pula
MAJ: hai terliiur aku
MAJ: tapi dah telan pun air liur
Zaleha Muslan: nak hantar kat aiman kat UTM
Zaleha Muslan: tadi beli salmon...sbb murah
MAJ: smlm masak laksa johor
MAJ: sedap gak la
Zaleha Muslan: anak hang suka makan keropok lekor tak
MAJ: lea cuba ajar aku masak asam pedas yg letak daun kesum
Zaleha Muslan: kalau I...
Zaleha Muslan: ikan ke daging
MAJ: i nak buat ikan salmon
MAJ: masa ikan la
Zaleha Muslan: yg asas
MAJ: semalam
MAJ: beli daun kesum banyak
MAJ: buat asam pedas sedap tu
Zaleha Muslan: sbb ikan salmon ni ade hanyir sikit kena letak lebih sikit bawang putih
MAJ: ok
Zaleha Muslan: ok macam ni caranya
MAJ: hai kalau letak kat blog pun bagus resepi tu kan
Zaleha Muslan: 1. lumur sikit bawang putih kat ikan selepas di basuh
Zaleha Muslan: 2. blend lada kering, belacan (sikit aje), bawang putih 2 biji, halia sikit, kunyit sikit dan bawang sebijik.
Zaleha Muslan: 3. Satu biji bawang hang hiris nipis
Zaleha Muslan: 4. panaskan minyak dan tumis bawang dulu...dah naik wangi jangan sampai hangus hang masukkan bahan yg di blend tadi
Zaleha Muslan: 5. Bila dah garing masukkan air, asam (asm keping atau asam jawa), garam gula dan serbok perasa kalau hang pakai
Zaleha Muslan: dah mendidih masukkan ikan
Zaleha Muslan: lepas tu letak sikit daun kesum dulu
MAJ: hmm
MAJ: nanti aku masak tgh hari ni
MAJ: kalau jadi aku ambil gambar
Zaleha Muslan: 6. ikan dah 3/4 masak kecikkan api utk dia naik minyak
7.lepastu masukkan lagi daun kesum dan besarkan api dlm 3 minit
Zaleha Muslan: 8. Sedia utk di makan
Zaleha Muslan: nampak susah tapi aliah yg 9 tahun pun boleh masak
Zaleha Muslan: takkan hang tak boleh kot

OK TQ Lea for the resepi nanti kalau jadi I habaq. Terima Kasih la sibuk2 masuk sempat masa luang masa untuk kekawan...

Friday, October 30, 2009

Menghayati ciptaan Allah

Posting kali ini, tergerak hati saya menulis akan apa yang saya lihat pada kejadian alam dan saya kaitkan dengan ayat Al-quran dan Memuji Kebesaran Allah.

Saya lihat tiap pagi, tanpa ragu-ragu, selepas solat subuh, langit menjadi cerah dan bermulalah hari yang baru. Syukur pada Allah akan nikmat ini.
Saya kaitkan pada surah Al-Imran:190.
Madsudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan Allah) bagi orang2 berakal.

Kemudian saya fikir pasal udara (oksigen) yang kita ambil untuk terus hidup. Ia didapati daripada tumbuhan yang mengambil C02 dan menghasilkan 02 untuk kita terus hidup. Alhamdulillah.
Saya kaitkan pada surah Yasin: 80
Madsudnya: Iaitu (Allah) menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka kamu nyalakan (api) darinya.
Allah memberitahu kita O2 (yang dibuat untuk nyalakan api) datang dari kayu yang hijau (tumbuhan)

Memang tidak terhitung nikmat Allah pada manusia. Kita dah jadi "take things for granted". Kita lupa akan nikmat Allah.
Saya "relate" pada surah ArRahman: 13 (31 kali diulang)
Madsudnya: Maka pada nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan

Memang tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Cukuplah kita sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita semua.
Saya "relate" pada surah AlKahfi: 109
Madsudnya: Katakan (Muhammad) sekiranya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk kalimat (nikmat) TuhanKu, tentu habis lautan sebelum habis kalimat2 Tuhanku mestipun kami tambah dengan sebanyak dengannya (lautan).

Syukur pada Allah dan Pujian kepada Allah Tuhan seluruh sekelian alam....

Thursday, October 29, 2009

SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM




Sebelum menutup tirai 2009 di sini I ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anak2 ahli warga Thames/woolwich/Dartford yang akan mengambil peperiksaan SPM yang semakin hampir. Tak di sangka yang ramai ahli warga Thames di kurniakan allah zuriat pada tahun 1992...kalau ade gathering pada tahun itu agaknya yang puan2 semua maju kehadapan.
Harap dapat sampaikan ucapan selamat berjaya kepada anak2 tuan2 dan puan2 daripada saya (Mak Leha Engineer daripada Johor Bahru). Ade beberape hari lagi....masih sempat untuk berusaha, yang mana dah tarik gear kapal terbang untuk take off, hendaklah take off segera sebab control tower dah lame bagi signal untuk take off...takut nanti minyak dah habis tak sempat nak terbang (ini yang I selalu cakap kat anak I Mohd Azim).
1. Anak I - Mohd Azim Zainuddin di JB
2. Anak Mek Sham - Mohd Uzair di Kelang
3. Anak Masnoor - Mohd Ubai di Rawang
4. Anak Kak Ani - Mohd Firdaus di MRSM Jasin
5. Anak Roha - Nurliana Ahmad Umar di MRSM Pendang
6.Anak Tn Hj Omar - Perempuan di Teknik Gombak KL
7. Anak Ir Zul Perak - Mohd Asyraf di SMS Selangor
8. Anak PM Dr. Abd latif - Mohd ...terlupe nak tanya kat Muar atau Melaka
Setakat ini yang I tahu....tapi kalau ade tambahan harap sampaikan dan maklumkan untuk di update kan.
Ini mungkin post terakhir I untuk tahun ini sebab sehingga semalam I dah kena tazkirah habis2 untuk siapkan PHD I drp anak2 I, Tn2 Hj (Omar, mohd,dll). My husband, Ir Zul, Ir Luqman ,Tn Hj Shah berkias aje...takut I merajuk...kalau bercakap dgn I mesti berlembut aje.
OK lah kapal terbang I nak take off dah
Terlebih dahulu memohon maaf di atas kesalahan dan kesilapan I pada tuan2 dan puan2 harap di maafkan.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar
MAK LEHA ENGINEER















Wednesday, October 28, 2009

Permulaan Impian Tercapai


Salam kepada rakan-rakan kongsi yang akan berpegang-pegang dengan ku (Ahli Lembaga Pengarah Syarikat di bawah ZM Holdings) yang berade di dalam dan luar negara.


Ini nak habaq mai pencapaian salah satu daripada anak syarikat pade hari ini. Mungkin akan keluar dlm berita Sukan RTM....tunggukan ajelah. Sebagai peneraju syarikat I dah mulakan langkah pertama dan insyallah yang lain akan menyusul dalam mase tersedekat. Dah jadi peneraju syarikat konglemerate ni dah tak ade mase nak merapu lame sbb geng2 lain belum join lagi, tu yang terkial2 sorang-sorang.

By the way nak maklumkan I akan ke KL ade jemputan drp PM utk venture kite yag lain. So yg dah confirm meeting dgn Tn Hj. Muzamil hari Isnin di KLCC utk O&G project (harap tuan haji dah siapkanlah bahan2nya). Ir. Mohd Luqman hari Isnin kat KL venue tgh confirm ; arahan same. Tn Hj. Mohd Shaharuddin hari Ahad kad rumah dia : harap boleh confirm. Dan yg lain2 lagi siape nak jumpe I silelah confirm.

Wassalam

AKAK

Monday, October 26, 2009

Gambar Anak2 I



Atas pemintaan masnoor, di sini I masukkan gambar anak2 I.
Anak I 4 org aje....tak banyak bukan sbb lokek tapi sebab I sakit. Kalau mek sham terlebih manis, I pulak terlebih tinggi. So I kenalkan satu persatu kut ade yang berkenan nak jadikan menantu.
No 1 : name dia Mohd Aiman Zainuddin (20 thn) yang cerah sikit tu
Jurusan Industrial Mathematic di UTM Skudai
No 2 : name dia Mohd Azim Zainuddin (17 thn) yng gelap sikit...anak2 I selalunya ying & yang
form 5 kat sekolah di JB. Duduk asrama tahan 2 bulan aje sbb rindu masakan mummy
No 3 : name dia Nur Suraya Hani Zainuddin (13 thn) name ni abang2 dia yang bagi
form 1 kat MRSM Mersing. Abang2 dia sgt sayang kat dia sbb dia di kire terrorlah coz
boleh tahan duduk kat asrama dah nak dekat satu tahun tu. Tapi kalau nak balik asrama
selalu flight delay. Dan sebelum balik asrama dia dah bagi senarai tarikh yang dia akan
boleh balik. Last year dia pelajar terbaik peperiksaan SDEA (agama). Tahun ni kalau ade
rezeki dia pass peperiksaan darjah khas...dia dah qualified utk jadi ustazah.
No. 4 : name dia Nur Aliah Najiah Zainuddin (9 thn)
Darjah 3 kat SRAB Jb (sekolah agama), tapi yang ni Mek Sham dah booking utk anak
sulong dia. Hari tu kami dah mesyuarat meja 4 segi mase kat JB. (I dgn my husband,
mek sham dgn husbandnya bersama budak berdua ni sambil makan kek lapis sarawak)
Abang Shaha kate my girls look like mummy...I pun rase bergitu.....baiknya pun macam mummy jugak rasenya. Sekarang ni dia 2 org dah boleh memasak....kalau sambal tumis, asam pedas, masak lemak chile padi and curry tu no problem.
Cuti ni nak melatih menjahit pulak.
Anak2 lelaki I ni....macam anak mummy. Tak berani nak match make dgn anak kawan2 sbb takut nanti pak mentua dia kejar I. Spec dia org ni tinggi calon mestilah pandai drp membuat belacan sampaikan membuat kapalterbang....dahlah tu tak boleh ambik maid utk kerja kat rumah pulak tu....dia orgnya malas macam P. Ramlee.




Sambungan Impian Ku


Ni I nak sambung balik daripada angan2 ku. sebenarnya dah tulis tapi hilang entah ke mana

So I tulis balik dalam versi yang lebih istimewa.

Kisahnya

Ini Masnoor sahabat baik ku, berkenalan daripada masa aku kat Ganella College kira lepas SPM lah tu. salah satu sebab aku patut di panggil Puan Sri adalah kerana dalam gelap kat pagar masjid pun Masnoor boleh kenal aku...walaupun dah bertahun tak jumpe....Kiranya aku ni berseri-seri lah ....sebab suka makan kuih seri muka yg mak aku jual dan di buat oleh aku.
Kami mempunyai banyak persamaan....minat kepada usaha tabligh, memasak, menjahit, mengemas rumah dan membaca.

So kerjasama aku dgn Masnoor ni kena bukak banyak sikit syarikatnya sebab pertama tak tahu nak pilih yg mana dan kedua anak dia banyak jadi kenalah banyak sikit sumber pendapatannya.

Syarikat2nya (Zaleha & Masnoor)
1. ZM Tawakal Poultry & Livestock
Kira logonya belakang ZM ade gambar ayam & kambing
Perniagaan ini utk menyediakan makanan halal utk org islam dan juga peluang pekerjaan kepada org2 tabligh.

2.ZM Publication
Kiranya logonya belakang ZM ade gambar buku atau dgn pena
Perniagaan ini utk menerbitkan buku2 yang kami tulis dan org2 lain yg berminat juga

3. ZM Halalan Toiibah Food Industries
Kiranya logo belakang ZM tu gambar kuali berasap
Kalau nak letak gambar i dgn Masnoor jadi macam iklan kedai mak andam pulak tu
Khas utk perniagaan makanan halalan toiibah

4. ZM Idea Creative and Craft
Kiranya logo belakang ZM tu macam cross-stich
Aku drp dulu pandai menjahit, mengait, menyulam dan serba serbi walaupun tak pergi sekolah menjahit.
Khas utk kerja-kerja kreatif dan siap dgn bukak kelas lagi tu

Oklah siapa lagi nak join dgn aku habaq mai sini....aku akan masukkan dlam impian ku

Angan2 aku



Part ni yang aku boring ni....part nak meng adjust2, kerja yg 2 minit jadi 10 minit.


Anyway....aku nak buat story ni


Tadi aku baca blog masnoor selepas aku tak jadi pergi Kuching sbb aku call ke JAS ramai speaker yg tak datang.....lagi pun aku ade jemputan bersama PM 2/11/2009.


Aku nak habag mai kat hang Masnoor sebab tak salah berangan2 sbb kadang2 angan22 tu jadi kenyataan. Aku pun tengah berangan2 la ni. Tapi sebahagian dah jadi dan sebahagian lagi insyallah lepas aku balik haji nanti akan ku usahakan bersungguh2.


Angan2 Aku


Menjadi towkey kepada syarikat gabungan aku iaitu


ZM Holdings ( kira berpegang-pegang lah tu )


Sekarang ni dah ade


1. ZM Jurutera Perunding (kira Zaleha & Member)

(company pertama yg aku tubuhkan: lambang nya kosong aje macam kat atas)
Buat mase ni aku solo aje...tapi ade Member aku yg akan tlg aku iaitu Ir Zulkiflee & Ir Luqman


2. ZM Technology Sdn Bhd (kire Zaleha & Member)

(company ke 2 yg aku tubuhkan : lambangnya ade macam parabola kat ZM tu)


3. ZM Construction & Sevices (kire Zaleha & Member)

(company ke 3 yg aku tubuhkan : lambang dia macam JCB kat belakang ZM tu)

Tapi aku dah tutup sbb mak aku tak kasi aku jadi kontraktor...duduk jage anak dan mak bapak aje dan jangan lupe jage laki (nanti kena kebas)...mak aku katelah



Yang akan aku tubuhkan


1. ZM Lift and M&E Services ( Ini Zaleha & Muzamil)

Sahabat aku yg aku suka telepon dia dan aku akan masuk bakul naik lift

logo dia aku rase gambar org tengah naik lift.

Syarikat ini utk supply, maintain lift dan kerja2 M&E


2.ZM Encloveture ( Ini Zaleha & Mek Sham)

Aku namakan macam name French utk nampak glamour

logo dia sinar matahari kat belakang ZM tu

Syarikat ini sebenarnya syarikat modal insan...sbb mek ni mengajar modal insan dan sangat minat bidang ni


3. ZM Project Manager (M) PLC ( Ini Zaleha & Mohd)

Kena name international sikit sbb mat dah masuk TV dan supaya lebih glam

logo syarikat ini ade S-curve kat belakang zm

syarikat ini seperti namenya kan menjadi project manager utk pelbagai projek


4. ZM Waste Management & Services (Ini Zaleha & Mohd Shaharuddin)
kalau nama abg Shaha tak ade mohd pun aku akan tambahkan supaya mengikut sunnah

logo dia tanda green leave tu

Syarikat ini menjalankan kerja2 berkaitan dgn waste management dan sewaktu dgn nya


Terakhir sekali dgn Masnoor banyak sikit....dia lah teman aku yang rapat dan same2 lari drp lecture kalau nampak van biru utk balik ke Woolwich dan berkongsi banyak minat yg same dgn aku. Mase aku sakit dia yg dtg dulu cari aku......teringin jugak nak takel Sharuk Khan ni dulu tapi aku takut kalau dia bukak mulut dan berleterkan aku....aku masih ingat lagi suara hang tau







Sunday, October 25, 2009

PENGARAH WANITA

Tak tahu ape nak letak tajuk...but ape yang nak di ceritakan adalah mengenai keluhan rakan-rakan wanita thames ku yang berkerja sepenuh masa....dan bila cukup bulan cuma perlu berbaris dan tekan dinding dan keluarlah agung nya.

ceritanya begini :

kisah 1 : Kak Ani
Punyalah sibuk akak aku ni kadang-kadang bila pergi opis dia pun aku cuma nampak kelibat dia aje sbb nak pergi mtg. Dengar cerita selalu pergi overseas dan selalu pergi out station sampaikan nak cuci baju pun tak sempat....sebab sering sangat.

kisah 2 : Mek Sham
Kawan aku sorang ni kelmarin mengadu letih asyik kena hadir mesyuarat aje. Kat opis pulak ramai yang berbaris menunggu nak jumpe Puan dia....bawak masaalah untuk di selsaikan pulak tu.

Lain pulak dengan kisah aku ni yang join parti gerakan.....yang kalau tak gerak tak makan.

kisah aku;

1.Aku hanya pergi outstation bile cuti sekolah aje...sbb senang supaya dapat pergi bercuti dgn anak2 dan bawak mak bapak dan keluarga sekali.
2.Kalau ade mtg suruh aje staf aku yang pergi....kate kak leha kirim salam pade client.
3.Selagi telepon on dan ade internet connection kira aku sdg berkerja dan opis kire bukaklah.
4.Staf aku paling takut kalau dia org malas buat kerja (kire suruh aku selesaikan masaalah lah) yang aku nak dan aku berkata "Tak pe akak boleh buat"
Sbb nya tak lame lepas tu dia akan dapat surat yang tertera " Please Give me 1 solid reason why I should keep u in my organisation". Dia org ni semua pekerja kontrak dan ade pre-sign resignation letter.


Cuma masaalah aku 1 aje...bile client tak bayar fee aku ( soru miss lah tu)

Wednesday, October 21, 2009

Man Made Marvels

Bagi kekawan yang tak sempat lagi tengok I kat Discovery channel. Boleh je tengok link kat bawah ni. I ni tak macam Lia ada banyak masa tulis cite panjang2 berkarya maklumlah orang ambil phD kan. I ni nak tulis blog pun sambil2. Sekarang ni sambil sarapan pagi. Makan pun cereal aje dan bawa bekal roti fasal kat site tu tak de kedai makan. Tak le la mee goreng ke nasi goreng ke.. Jilata tapak tangan aje aku bile Datin Lia dok cite fasal makan.

Tapi syukurlah.. ada juga makan dari orang yang tak de makanan apa2 pun. OK sila la tengok video ni..

Sunday, October 18, 2009

Nostalgia Masjid


Gambar ini I ambik daripada blog Tn Hj Masnoor. Sementara budak2 sengap dlm mengadap computer dan bapak budak pergi tengok mak mentua dan adik beradiknya utk spent quality time sementara menunggu my son Azim habis tuisyen ....baik I berkarya untuk tatapan sahabat2. Anak2 I memang terasa perubahan i semenjak dpt kumpul kawan2 lama ni....tapi kadang2 dia org sporting sbb dah lame I tak ade kawan2 utk merapu sbb semua yg ade akan ikut ape yg I cakap.....sbb I tawkey syarikat aku atau pun yg aku kena ikut cakap dia org sbb dia org tu client aku. Atas meja makan I dah siapkan makan2 ini supaya anak2 ku tak menganggu apabila berkarya...cuma janganlah aku terbayang wajah supervisor ku dan En Meor Roslan (bukan meor thames tapi Eng FAMA)....sbb banyak kerja yang belum siap.....tapi aku nak tulis juga utk menimba ilham menulis report dan thesis I.
menu sarapan pagi ini
1. Nasik goreng udang kering dgn chile padi da di makan dgn ikan kembong goreng - ni darling I kalau makan nasik mesti nak ade ikan , ayam, sotong, udang dll goreng
2. Lempeng santan (Pancake) dgn Dalca daging - ini menu utk si Mat Salleh (my Son Aiman)
ade ke patut dia buang roti jala yg I beli kat kedai semalam - mungkin org tu pakai jin sbb mamat ni kalau kedai tu pakai pelaris yg mengarut mesti dia tak nak makan. Jadi I terpaksalah masakkan utk mamat ni dan bagi name English pada masakan I walaupun setakat telur dadar dinamakan Ommelette de la france and sesuka hati ku
3. Mee hoon soto yg makcik aku bagi semalam
4. Kuih Seri Muka yang makcik aku bagi semalam
Oklah berbalik kepada cerita Mesjid.
Ape bila menyebut pasal Mesjid..... memanglah sentimental bagi aku.
Regent Mosque -
Di London memang cukup bererti bagi ku....sementah dgn kehidupan sendirian di hall of resident di Dartford....bila aku dah pandai berjalan2 di london bile saudara I dtg berziarah ke London aku terpaut. dgn Regent Mosque. Di situ aku berkenalan dgn Mak Som...seorg ibu yang sangat baik....mulai drp hari itu aku sering ke rumah Mak Som utk melepaskan rindu ku kpd keluarga dan oleh itu aku tidak kelihatan pada sambutan raya di Thames sebab aku lebih senang menyambut hari raya bersama keluarga Pakcik Wadan, Kak Teh dan Kak Wan (kawan kak yan) di Gloucester Place London dan berziarah ke rumah wakil2 kedutaan malaysia di London..dpt duit raye lagi tu.
Masjid di sering kami pergi terawikh
Mesjid ni kami suka pergi sebab jemaahnya mesra kanak2. Semenjak berpindah ke Taman Munshi kami sering ke masjid ini utk bersholat terawikh. Setiap Ramadan I akan menyiapkan jubah utk my husband, sons, daughter dan myself utk di pakai ke masjid. mase my sons kecik2 dia org akan pakai jubah pelbagai jenis utk bersholat....tapi dah besar ni susah nak kawal sebab dia org akan bagi macam2 alasan utk pakai jean dan baju melayu ke masjid. Nasib baik anak2 aku tetap dgn undang2 yg pukul 8 mlm kami mesti ade dlm kereta utk ke masjid. Pkl 8 aje laki aku dah start engine bagi warning utk mase ke mesjid. Selalunya kami looking forward kpd bulan Ramadan sbb ia suatu bulan yg lain drp bulan2 lain dlm setahun.
Surau kat kampong I -
Drp umur 13 thn I tinggal di MRSM...jadi org kg tak berape sangatlah nampak muka I...cuma bila musim cuti sekolah aje. Bile cuti pada bulan ramadan I mesti pergi bertarawikh di surau kat rumah I. Ramadan yg lepas bila my brothers balik dan kami bersame2 my father berjalan ke surau tu....I dapati layanan org kampung kpd I masih same malah lebih baik lagi....I rase sangat terharu. Kalau anak2 org kampong malas belajar...org kampung aku selalunya mengadu kat aku macam mana nak menagani masaalah ini....selalunya kalau yg aku tengok boleh di bantu sbb masaalah kurang faham aje..aku akan panggil suruh dtg rumah mak aku dan aku akan ajar setakat yg boleh. ( ade yg dah sampai masuk U, kolej dll)...tapi kalau yg hardcore tu aku suruh parent dia doakan supaya anak2 dia org di lindungi allah dan di beri hidayah.
Surau kat sekolah anak aku -
Aku pun hairan, sekolah anak aku ni sekolah agama, tapi suraunya selalu berselerak dan tak mengambarkan imagenya. Aku kadang2 sengaja lambat ambik anak I supaya anak I Aliah sembahyang Asar dulu sebelum balik supaya dia boleh tolong sapu surau sebelum balik.
Pembinaan Mesjid.
Mase I mula kerja dulu ade satu apek ni cakap kat I.....Puan kalau kite buat rumah Tua Ala (Tuhan : Allah) tak mau ambik walau satu hun pun (1/8 inci) kite mesti mau kasi ape yang kite ade...I tak tahulah apek ni ade lagi ke tidak tapi sampai sekarang aku ingat cakap dia. Apek ni manja kat aku sbb dia selalu menang no ekor sbb ambik nombor kereta aku. bile aku bawak kereta baru...tapi memang betul no kereta2 aku memang selalu naik no 1 paling cekai pun saguhati.
jadi aku ikutlah cakap apek ni....kalau aku tak ade duit aku akan curahkan ilmu dan kederat yg aku ade utk pembinaan rumah allah. Dulu mak aku selalu marah aku sbb tak pernah mintak duit kalau org dtg mintak tlg utk bina rumah allah. Tapi selepas makcik aku cerita kat mak aku....dgn adenya masjid kat tempat dia berniaga senanglah dia nak bersholat. Antie aku kate dengar cakap jemaah kat situ masjid ini di bina oleh Pn Zaleha Muslan....tapi jemaah kat sane tak tahu Pn zaleha tu siape walaupun selalu jumpe sbb i pakai name lain ( Mrs Zainuddin, kak Mas, mak Aliah, Anak Mak Ton Kuih dll). Sekarang mak aku dah faham....kadang2 dia pulak yg tukang cakap kat aku ajak same2 contribute utk beli kipas ke utk bagi masjid yg memerlukan. suami I memang sentiasa menyokong.
Aku cam sbb ade satu hari naib pengerusi masjid tu berbual dgn I.( kami berdua aje berbual kat gerai depan masjid)....'Surau ni di dirikan dgn bantuan satu eng pompuan namenya Pn zaleha dan alhamdullilah banyak aktiviti dapat di jalankan di sini' aku kate kat dia "Kalau Pn Zaleha tu tahu dia mesti bersyukur sbb hajat dia mase jadi engineer utk bina masjid dah sampai".....rupenya pak Sheik ni tak tahu I lah n Zaleha.....memang pun I selalu bagi arahan melalui telepon dan aka ade kat site mase org tak ade. Cume yg I sedih sikit kontraktor yg buat mesjid ini...I dah warning jyg belot bile buat surau ni...mula2 ok tapi last2 belot sbb nak buat banglo...last2 banglo dia pun dah berkecai tak tahulah nasib dia sekarang.
Sekarang ni I concentrate utk mengajar anak2 I utk meneruskan usaha I ni. Sebab selalunya kite terlupe utk ajar anak2 utk melakukan kerja2 kebaikan ini dan anggap dia org akan pandai utk buat kerja itu.....tetapi realitinya tidak di zaman ini. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana i kena bijak menyusun ayat utk mengajak anak2 menyediakan bekalan utk akhirat ini.




Saturday, October 17, 2009

KOLEKSI TEAPOT I

TEAPOT 1


TEAPOT 2

TEAPOT 3

TEAPOT 4

TEAPOT 5


TEAPOT 6

TEAPOT 7


TEAPOT 8


TEAPOT 9

TEAPOT 10
Ini adalah salah satu daripada hobby I daripada anak dara (slim river) hinggalah kini (dah kembang) iaitu mengumpul TEAPOT. Di fahamkan ini juga salah satu daripada hobby kawan rapat I Tn Hj. Masnoor......yang paling I risau kalau dia buka mulut dan berleterque kan I kalau I naughty. Ini adalah sebahagian daripada koleksi I ...dan ade daripadanya dah berumur lebih daripada 22 tahun....kira lulus bertaraf koleksi muzium. Tapi I tak adelah koleksi yang se ekslusif koleksi Tn Hj Masnoor sebagaimana yang dia tayangkan kat Blog dia.....but I ade koleksi ini yang sangat sentimental bagi I.
Sekiranya tuan2 dan puan2 yang bijak laksana cube teka yang mana satu adelah daripada kategorie tersebut :
1. Berumur lebih daripada 20 tahun
2. Ade dalam Cataloque Argos
3. Ade dalam senarai lelongan Christine (Koleksi Item)
4. Di beli di UK
5. Di beli di Harrod
6. di beli di kedai yang mana kedainya dah tutup skg.....sbb I sorang aje beli kat kedai tu
Oklah bye ....budak2 ni boring asyik suruh masak aje....kedai mamak pun pandai tutup mase Depavalee. Restoren I ni asyik kena bukak aje....ni kena buat borang cuti ni.
Wanakam




















Streets of London - Mary Hopkin

Doha West Bay Skyline




Took some pictures recently of Doha skyline in West Bay. Among the buildings Qatar Navigation Tower, Tonardo Tower, Palm Tower and Al Bidda. Some of the projects which our company manages.

Friday, October 16, 2009

Kisah Kehidupan Bagi Mereka Yang Perihatin...

Saya menerima email dari seorang sahabat lama semasa zaman bujang dulu. Walaupun dah lama tak berhubung tapi ada la bertanya khabar dari sahabat yang lain. Sejak dia berkahwin saya terus lost contact... sehingga hari ini saya dapat email darinya yang di forwardkan kepada saya mengenai nasib yang menimpa dirinya mengharungi dugaan Allah. Moga beliau tabah dan moga ada yang bermudah hati boleh la hubungi beliau terus. Saya sekadar menyediakan ruang untuk kita membantu sesama manusia dan agar kita mengsyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Email dari beliau berbunyi begini...



Assalamualaikum,

Buat sahabat yang dikasihi dan diingati selalu ....
Moga sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya..

Anakku .... Muhammad Fathullah adalah satu-satunya anugerah istimewa dan amanah dari Allah swt kepada ku dan telah menjadi tanggungjawabku untuk memelihara dan memberi penghidupan yang terbaik dan termampu oleh ku kepada nya.

Fathullah, anak down syndrome - Trisomy 21 telah beberapa kali dimasukkan ke UMMC/PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya sejak Mei 2008 ketika berusia 10 bulan dan yang terkini admitted pada 9 Feb 2009 sehingga kini masih menjalani rawatan di hospital. Fathullah menghidapi congenital heart disease with large ASD - 7mm and VSD - 10mm - jantung berlubang dan chronic lung disease yang kerapkali dijangkiti kuman paru-paru seperti RSV, bronchopnemonunia, asthma. Jangkitan kuman menyebabkan dia akan mengalami sesak nafas yang teruk sehingga perlu diberikan bantuan alat pernafasan (BIPAP ventilation) hingga sekarang.

Routine check-up di IJN sejak dilahirkan tak pernah miss...Sudah banyak kali ke IJN namun keputusan pemeriksaan ke atas jantungnya - ECHO .... tidak menyelebelahinya .. ... pembedahan tidak dapat dijalankan kerana Fathullah juga menghidapi PHT - pulmonary hypertension - tekanan darah tinggi ke paru-paru. Sekiranya pembedahan yang berrisiko tinggi ini diteruskan peluang untuk hidup adalah 50/50, akan hanya menyebabkan condition nya menjadi lebih kritikal.

Justeru itu, cadangan dan peluang untuk membawa Fathullah pulang ke rumah agar dia dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain hanya dengan adanya bantuan alat pernafasan - home BIPAP ventilation. Dengan penjagaaan yang rapi di rumah, insyallah Fathullah dapat merasai suasana berada di rumah yang dapat membantu perkembangan mental dan pembesaran yang sihat seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun dengan tahap kesihatan yang berrisiko tinggi.

Jabatan Kebajikan PPUM sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Bantuan Perubatan dibawah Kementerian Kesihatan dengan anggaran kos mesin bantuan alat pernafasan (model : VIVO 40) tersebut dalam linkungan RM48,000 lengkap dengan SPO2 monitor, suction machine, oxygen concentrator, oxygen tank & humidifier.

Buat masa ini keadaan Fathullah dengan tiada jangkitan kuman di paru-paru nya, sekarang Fathullah telah boleh duduk sendiri dan bangun sendiri (berpaut dipagar katil) dan dalam proses untuk diajar 'bertateh' (berjalan). Walaupun begitu Fathullah tidak boleh terlalu aktif kerana walaupun dengan bantuan alat pernafasan 24 jam, ia akan cepat penat dan sesak nafas disebabkan masalah jantung akan menyebabkan Fathullah menjadi 'biru' akibat kekurangan oksigen walaupun jangkitan kuman di paru-paru tiada.

Sekarang Fathullah berusia hampir 2 thn 2 bulan dilahirkan pada 18.08.2007, sebagai ibu tunggal, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang oleh Allah swt untuk membesarkan dan memberi kasih sayang yang termampu olehku agar dia dapat menikmati hidup seperti kanak-kanak lain... ajal dan maut Allah yang menentukan .... bila tiba masanya dia akan pergi jua hanya...Allah yang lebih Mengetahui setiap sesuatu kejadian ..... Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang...Insyallah.....

Aku mohon kepada rakan-rakan yang kuingati agar dapat meluangkan sedikit waktu mendoakan kesihatan Fathullah.... 'special baby'

Salam,

En

Thursday, October 15, 2009

Salam Sejahtera...Salam 1 Thames!

1. Nak minta maaf ngan Lia sbb blm sempat lagi nak masukkan gambar raya dlm komputer, tapi byk gambar yg "kelabu-kelala" budak2 ni ambik masa kat rumah Lia...lupa pulak nak snap beramai2 2 family mlm tu, asyik sgt bersembang...

2. Nak habaq kat Brader Mohamad...lain kali kalau terima envelope "Sri Paduka Baginda", jgnlah suspen lagi ye...hehehe. Kenapa tiap kali Sham nak bukak video kisah nabi tu tak dpt ye...teringin jugak nak tengok walaupun dah pernah khatam kitab sirah nabi zaman2 usrah dulu...

3. Untuk Kak Shah yg jauh di perantauan, jgn lupa musin bunga nanti, tolong amikkan gambar setiap species bunga tulip yg ada kat sana ye...kempunan dulu tak sempat habis buat collection. Rasanya dah takde peluang lg nak ke sana... Ni Sham buh sikit2 gambar nostalgia zaman kita "muda"2 dulu utk tatapan semua...happy viewing...

Thursday, October 8, 2009

Release Tension...

Salam Warga x-Thames...

Saja nak menyampuk dlm ni...sekadar melepaskan lelah seharian bekerja. Sekarang ni jam 5.38 ptg...jap lagi saya nak berkemas utk pulang. Hari ni rasa berbaloi KPTM bayar gaji saya...
Dengan kaki yg masih belum betul berjalan (smlm saya mc sakit kaki), tak ku sia-siakan walau sesaat waktu bekerja ku from 8-5, berhenti solat 10 min je...

Tapi, kalau difikirkan pening kepala menghadapi pelbagai rencah kerja...how i wish to be at home, alangkah bahagianya rasa dpt duk rumah sehari suntuk semlm (walaupun dlm keadaan sakit...)
Apa2 pun, tetap bersyukur dgn limpahan nikmat serta rezeki dpd Allah swt...semoga setiap sen yg kita terima adalah dpd rezeki yg berkat dariNya...InsyaAllah...setiap titisan darah yg mengalir dlm tubuh badan anak2 kita, biarlah hasil dari rezeki yg berkat, mudah2an beroleh zuriat yg soleh & solehah...amin...

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah, wassalamu'alaikum w.r.b..
Terima kasih..
(tepuklah tangan...!!!)

Wednesday, October 7, 2009

Keperluan Sumbangan untuk alamari Di Madrasah

Baru-baru ini Tuan Haji Zulkifli Nordin sahabat kita di Thames dulu, ada menyuarakan kepada saya jika ada sesiapa yang ingin menyumbang untuk membeli almari untuk asrama pelajar-pelajar agama di Madrasah Darul Uloom Libanat, Jalan Klinik, Seksyen 32 di Bukit Naga, 42450 Shah Alam tempat adik Zul mengajar. Menurut nya ada seramai 140 pelajar perempuan dan asrama tersebut memerlukan sebanyak 25 buah almari dan setiap almari berharga dalam RM260. Jika ada sesiapa yang ingin membuat sumbangan boleh la bank in ke Account Zulkifli Nordin Maybank 164221428262.

Menurutnya lagi sehingga kini kutipan yang ada tidak mencukupi untuk membeli walaupun satu almari.... Sama-sama lah kita menyumbang seberapa yang mampu untuk memberi keselesaan untuk pelajar-pelajar yang ingin menegakkan ajaran islam dan agama allah. Semoga amalan kita ini di kira sebagai saham akhirat dan semoga segala amalan yang baik kita ini di terima oleh Allah dan di beri keberkatan di dalam hidup kita insyallah. Bagi yang ada account maybank boleh la terus menyumbang.... di www.maybank2u.com.my.

Tuesday, October 6, 2009

Stories of Prophets - Episode 2 Idris & Noh PBUT

Thanks for the Birthday Wishes...

Salam semua...

Lia, sorry atas "kelembapan" bertindak memenuhi your request...nak sgt Stevie Wonder punya. Tapi, mohon ma'af lah, Sham prefer yg takde gambar dia tgh nyanyi sbb lagu jd lebih sedap tanpa melihat dia, hehehe...but anyway, i like this song (but, betul ke lagu yg ni Lia?). Apa2 pun, terima kasih semua...


HAPPY BIRTHDAY (STEVIE WONDER)


Sebagai tanda penghargaan,ucapan terima kasih atas ingatan, ucapan2, phone calls, sms, FB, emails...semoga segala doa diperkenankan dan kita semua dianugerahkan kehidupan yg sejahtera berkekalan, dunia & akhirat...
1. Kekanda Mohamed Noor Azman b Bidin (my beloved husband), Kuching Sarawak

2. Anak2ku, anakanda Mohd. Uzair (KISAS, Klang); Mohd. Umair (MML, Pengkalan Chepa, Kelantan); Ummu Aqilah & Mohd. Zubair (SK(A)DHAKH, Kuching, Sarawak)

3. My dearest sister...Kak Shamsiah di Dungun Terengganu (Happy Birthday to you too Kak Yah...6/10/2009...teruskan ke"maintain"an mu, adik lebih tua sehari, tapi Kak lebih matang 2 tahun...hehehe...)
4. Adik Iparku Azizah b Bidin di Klang
5. Sepupuku Nik Huwaina bt Nik Yusoff di UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak.

My x-students...
6. Norshah b. Raseli di Perlis (thanks, u're the first person...sms masuk jam 12.03am)
7. Amirah Hani di Gurun, Kedah

My staff...
8. Zainal Abiddin b Ahmad di West London, UK
9. Maslina bt Buang di JKPK, PKS
10. Daisy ak Augustine Pedang di JKPK PKS
11.Nur Lydia bt Othman di JKPK, PKS
12.Mohd. Nazri b. Abd. Halim di JP, PKS
13.Kartina bt Abdul Kadir di PSIS, Sabak Bernam, Selangor

Rakan2ku, di kalangan petugas2 cleaning services di PKS
14.Masnah
15.Rosni
16.Kak Dara
17.Ana
18.Nancy

Sahabat2 se"Thames"anku masa di London dulu...
19.Pn Sri Zaleha bt Muslan di Tmn Munshi Ibrahim, JB
20. Hj. Mohamad A Jamal di Doha, Qatar
21.Hj. Shaharuddin b Sidek di Pantai Medivest, KL
22.Dr. Abdul Latif b Salleh di UTM, Skudai
23.Mohamad Nor b Othman di Kajang

Rakan2 Facebook ku (mostly my x-schoolmates di MRSM Batu Rakit, K.Trengganu)...
24.Hj. Rosli b Mohammed (x-MRSM KT)
25.Shamsul (Koka) Saleh (x-MRSM KT)
26.Nabihah bt Mohd. Salleh (x-MRSM KT)
27.Hanita (Cuta) bt Othman (x-MRSM KT)
28.Norhazizam bt Abdul Rahman (x-MRSM KT)
29.Zul Azri b Abdul Aziz di Perlis

My Colleagues...
30. Bossku...Tn. Hj. Abdul Rahman b Khalid, PKS
31. Sofian b Mohd PKS
32. Branat ak Protasy
33. Jong Lai Fook
34. Ooi Kian Bee (OKB)

My frenz...
35.Ir. Zulkifli b Ibrahim (x-Thames)
36.Adam Malikb Miskun (x-MRSM KT)
37.Rozainah bt Awang (x-MRSM KT)
38.Haslinah bt Mahadi (x-MRSM KT)
39.Hariati bt Hussain (x-MRSM KT)
40.Suriaini bt Husain (x-MRSM KT)
41.M.Mazrin C.M. (x-MRSM KT)
42.Hj. Muzammil (x-Thames)
43.Ir. Lukman (x-Thames)

dan semua yg kalau ada tertinggal & belum masuk (akan di update...thank you...thank you...thank you...!!!

Monday, October 5, 2009

HAPPY BIRTHDAY MEK SHAM (NOMBOR TAK PAYAH LETAKLAH)

Mase kat UK I suka lagu Stevie Wonder. Sepatutnya lagu happy Birthday ni di nyayikan oleh stevie wonder sbb Aliah dah tak bagi I main guitar lagi.....but dah beberape kali try nak attach videonya tak jadi......so mek sham u tlg addkan videonya tau sendiri

(Video drp youtube....lagu happy birthday yang di nyayikan oleh Stevie Wonder)

Anyway

HAPPY BIRTHDAY......dapat hadiah ape drp Man

Kisah Nabi Adam

Dengan saranan dari Puan Sri Lia, saya akan memaparkan kisah-kisah nabi yang di tayangkan di TV Alhuda untuk kita kongsi bersama. Kisah ini bersambung dan saya akan cuba paparkan kisah-kisah dari Nabi Adam hinggalah ke nabi kita Muhammmad saw. Moga kita dapat mengambil iktibar darinya. Article yang sama saya paparkan di blog saya www.mohamadj.com tapi saya akan publish di blog Thames sehari lewat.... So kalau nak ikuti kisahnya lawatilah Blog saya. Blog Thames ni kira siaran ulangan la kan....

Blog Widget by LinkWithin