Monday, October 26, 2009

Gambar Anak2 I



Atas pemintaan masnoor, di sini I masukkan gambar anak2 I.
Anak I 4 org aje....tak banyak bukan sbb lokek tapi sebab I sakit. Kalau mek sham terlebih manis, I pulak terlebih tinggi. So I kenalkan satu persatu kut ade yang berkenan nak jadikan menantu.
No 1 : name dia Mohd Aiman Zainuddin (20 thn) yang cerah sikit tu
Jurusan Industrial Mathematic di UTM Skudai
No 2 : name dia Mohd Azim Zainuddin (17 thn) yng gelap sikit...anak2 I selalunya ying & yang
form 5 kat sekolah di JB. Duduk asrama tahan 2 bulan aje sbb rindu masakan mummy
No 3 : name dia Nur Suraya Hani Zainuddin (13 thn) name ni abang2 dia yang bagi
form 1 kat MRSM Mersing. Abang2 dia sgt sayang kat dia sbb dia di kire terrorlah coz
boleh tahan duduk kat asrama dah nak dekat satu tahun tu. Tapi kalau nak balik asrama
selalu flight delay. Dan sebelum balik asrama dia dah bagi senarai tarikh yang dia akan
boleh balik. Last year dia pelajar terbaik peperiksaan SDEA (agama). Tahun ni kalau ade
rezeki dia pass peperiksaan darjah khas...dia dah qualified utk jadi ustazah.
No. 4 : name dia Nur Aliah Najiah Zainuddin (9 thn)
Darjah 3 kat SRAB Jb (sekolah agama), tapi yang ni Mek Sham dah booking utk anak
sulong dia. Hari tu kami dah mesyuarat meja 4 segi mase kat JB. (I dgn my husband,
mek sham dgn husbandnya bersama budak berdua ni sambil makan kek lapis sarawak)
Abang Shaha kate my girls look like mummy...I pun rase bergitu.....baiknya pun macam mummy jugak rasenya. Sekarang ni dia 2 org dah boleh memasak....kalau sambal tumis, asam pedas, masak lemak chile padi and curry tu no problem.
Cuti ni nak melatih menjahit pulak.
Anak2 lelaki I ni....macam anak mummy. Tak berani nak match make dgn anak kawan2 sbb takut nanti pak mentua dia kejar I. Spec dia org ni tinggi calon mestilah pandai drp membuat belacan sampaikan membuat kapalterbang....dahlah tu tak boleh ambik maid utk kerja kat rumah pulak tu....dia orgnya malas macam P. Ramlee.




5 comments:

  1. Lia,
    Biar Sham jadi orang pertama bagi komen...ha, ni yg best nih!
    Mmg betul, bulat2 muka mcm mak dia sebijik...Sham suka booking anak2 bongsu utk my anak sulong. Anak Mat pun booking yg bongsu gak...nak book anak abg shahar...takleh...lelaki anak bongsu dia! Ada 2 quota lg ni..cukup 4 org, nak cari calon utk anak nomo 2 pulak.
    Tapi masalahnya, Hang dgn aku akan jadi besan, aku dgn Mat pun akan jadi besan, tapi hang dgn Mat kira mcmana ye? Toing..toing..pening dah aku duk fikir nih! Hahaha, anak sapa lagi bongsu perempuan ye..
    Aku memang nak cari 4 org anak org kaya2 ni, sbb anak sulong aku nanti pihak perempuan yg hantar hantaran kat dia! hehehe...jgn marah...
    Gurau2 aje geng...manalah mampu aku nak melamar anak dara org2 hartawan ni...
    Wahai anak2ku...carilah ilmu tinggi2, berusahalah dlm hidupmu & dalamilah ilmu agamamu ye nak!

    ReplyDelete
  2. Penyelesaian Matematik
    Lea + Mek = Besan; Mad + Mek = Besan
    Lea + Mek = Mad + Mek
    Lea = Mad
    Jadinya?? Tolong selesaikan?? especially yang ambil Phd...

    ReplyDelete
  3. Simple algebra...
    Given L=Lia; S=Sham; M=Mad; B=Besan

    L+S=B and M+S=B
    hence,
    L+S = M+S
    L-M = S-S
    = 0
    thus, L = M.
    Habis, mana pegi S???!!! toing..toing...tambah pening aku!
    Para "Dr."s, Managers, Accountants & Engineers, tolong selesaikan masalah kami!

    ReplyDelete
  4. Sham
    I ambik yang sulong utk Aliah
    Mat ambik yang No 2

    Sbb Suraya I dah booking nak jodohkan dgn anak sulong Ir. Zul Perak
    Sbb isteri dia Lawyer.
    Zul tolong company I, Isteri dia tolong Legal Firm my husband.Hujung tahun ni kami dah rancang nak holiday bersame dua2 keluarga ni

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin