Friday, October 30, 2009

Menghayati ciptaan Allah

Posting kali ini, tergerak hati saya menulis akan apa yang saya lihat pada kejadian alam dan saya kaitkan dengan ayat Al-quran dan Memuji Kebesaran Allah.

Saya lihat tiap pagi, tanpa ragu-ragu, selepas solat subuh, langit menjadi cerah dan bermulalah hari yang baru. Syukur pada Allah akan nikmat ini.
Saya kaitkan pada surah Al-Imran:190.
Madsudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan Allah) bagi orang2 berakal.

Kemudian saya fikir pasal udara (oksigen) yang kita ambil untuk terus hidup. Ia didapati daripada tumbuhan yang mengambil C02 dan menghasilkan 02 untuk kita terus hidup. Alhamdulillah.
Saya kaitkan pada surah Yasin: 80
Madsudnya: Iaitu (Allah) menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka kamu nyalakan (api) darinya.
Allah memberitahu kita O2 (yang dibuat untuk nyalakan api) datang dari kayu yang hijau (tumbuhan)

Memang tidak terhitung nikmat Allah pada manusia. Kita dah jadi "take things for granted". Kita lupa akan nikmat Allah.
Saya "relate" pada surah ArRahman: 13 (31 kali diulang)
Madsudnya: Maka pada nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan

Memang tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Cukuplah kita sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita semua.
Saya "relate" pada surah AlKahfi: 109
Madsudnya: Katakan (Muhammad) sekiranya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk kalimat (nikmat) TuhanKu, tentu habis lautan sebelum habis kalimat2 Tuhanku mestipun kami tambah dengan sebanyak dengannya (lautan).

Syukur pada Allah dan Pujian kepada Allah Tuhan seluruh sekelian alam....

3 comments:

  1. Salam, tahniah kepada Tn Haji Hisham TNB di atas posting anda yang menepati tajuk artikel yang penuh pengajaran dan bersesuai dgn musim haji ini. Sebagai CEO yang di lantik sendiri, saya menganjurkan kepada semua ahli supaya terus menghatar posting kepada blog kita ini. kepada sesiape yang kurang arif cara menghantar harap dapat merujuk kpd Tn Hj Mohd DOHA (ketua pensyarah) yang akan memgajar cara2 utk post blog. Kalau tak tahu jugak, hantar aje kat CheK Mek Molek (ketua editor) utk dia postkan bagi pihak ahli2.

    Sebagai CEO, saya ingin maklumkan bahawa sehingga December 2009 di galakkan menghantar posting2 yang lebih memberi pengajaran untuk di sampaikan kepada keluarga masing2. Yang berbaur merapu adelah tidak di galakkan sbb anak2 cuti sekolah (takut anak2 bace...nanti hilang kuasa mengarang).Juga kita telah mendapat complain drp Ir Zul Perak yang dia dah penat explain kat isteri dia kenape sekarang ni dia asyik senyum kambing apabila menghadap komputer.

    Walau bagaimanapun untuk Awet dan Perasan Muda di galakkan utk posting Gambar2 lame dan menghiburkan hati chek Mek Molek yg gambar koleksi dia banyak yg terbakar.

    Program cari menantu masih di teruskan dan penyertaan tuan2 dan puan2 amatlah di galakkan. harap dapat sertakan sedikit biodata berserta gambar2 dan requirements untuk memudahkan badan pengurusan (yg masih gemuk) untuk menguruskan program tersebut.

    Sekian Terima Kasih
    Wasalam
    CEO (Ir. ZALEHA MUSLAN)

    n.b secretary sila sediakan minit utk edaran
    Siape secretary harap mengaku

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... LEA you are back! So cuma tak hantar posting la.. Comment tetap comment.

    Alhamdulillah, peringatan agama ini penting untuk setiap insan. Memang la tak terhitung kurniaan allah pada kita.. Kita harus berfikir dan bersyukur akan nikmat2nya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...

    Mad, kan saya dah kata...hehehe...

    Lia, hmmm...Che Mek Molek tu nama kuih kat Kelate lah...tapi sounds agak simbolik dgn diriku yg sedikit "berkembang maju" selepas raya baru ni...

    De Magpie, exactly! In fact, surah ar-Rahman:13 selalu saya guna utk "menampar" diri sendiri tatkala diri terasa terkurang "tahap kesedaran diri"...no wonder ayat itu diulang2 byk kali dlm surah tu...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin