Monday, August 31, 2009

Lagi Gambar Lama


Ni lagi satu gambar kenangan Hari Raya tahun 1987, Bergambar selepas pekena nasi dan kuih raya di rumah brother Ismail kita. Ingat lagi rumah yang paling meriah dengan lauk pauk semasa hari raya adalah rumah brother Ismail..... memang dah jadi tradisi, rumah pertama yang akan dilawati lepas solat raya. Masa tu solat raya masih di masjid buruk di taman depan Churchill House tu.

Assalamualaikum Ex-Thames Polytechnic


Thanks to Mohammad for teaching me how to send the posting. Ni 1st time nak cuba menulis kat alam cyber ..... hehehe.

Bagus juga kita dah ada website sendiri selepas 20 tahun lost contact. Setakat ni banyak posting dan gambar berkisar kisah kisah di Dartford. So, geng Woolwich jom kita start posting. Sebagai permulaan aku postkan gambar 2nd day hari raya aidil fitri di Woolwich. Gambar ni diambil di belakang rumah Azil dan Anuar.

Sampai sini dulu my 1st posting. Salam buat semua

Sunday, August 30, 2009

Inspirasi Abadi...

Lagu ini ditujukan khas buat SUAMIKU , juga untuk semua kawan2 yg bergelar suami... Bayangkan isteri anda yg mendendangkan ini (delete gambar Ayu dari video ni, substitute dgn gambar isteri masing2...hihi), atau buat isteri2 boleh berangan menyanyikannya utk suami yg tersayang...

Tapi you all kena pastikan nadanya masuk & pitchingnya tak lari tau!

Bagi si Mad, takde masalah sbb dia dah masuk kelas vokal kat Doha , so boleh balik train Mazura cuti raya nanti...hehehe...ke, Zura lebih advance dari you Mad?

Ok, happy listening!!

Saturday, August 29, 2009

Lia's Family Visit


Dulu masa bujang; Zaleha and family rajin datang rumah. In fact my family dah memang kenal la dengan family Lia. Anak saudara I pun satu sekolah dengan anak Lia dulu...

Lagi Gambar Masa Konvo











Hai tenggok sunyi aje blog ni, mungkin sibuk beribadah di bulan yang mulia ni. Jadi biar saya meriahkan lagi dengan gambar-gambar lama.So ni la Lia dok ceritakan ari tu. bergambar sakan dan lepas tu g makan kat Sate Ria kat Bayswater.

Masnoor berposing di Dartford




Ingat lagi masa baru-baru sampai Dartford. Dok bergambar dengan Masnoor. Siap baring-baring atas padang lagi. Tapi Masnoor lagi hebat siap duduk celah pokok lagi. Saksikan Aksi Masnoor. Ada gaya Shahruk Khan tak?

Thursday, August 27, 2009

Venture dlm pertanian









VENTURE DALAM BIDANG PERTANIAN

Salam kepada kawan2 semua,

Seronoknye dengar ada kawan2 yang berrminat dalam bidang ini.

Anyway nak share sikit ilmu yang I ada.

1. Pertanian ini bukanlah mudah dan sangat memerlukan ilmu dan pengorbanan berbanding dengan kerja-kerja yang kita jalankan sekarang.

Walaubagaimanapun ia akan menyeronokkan sekiranya kita dah betulkan niat kita dari awal dna sangat berminat dennya(sesuatu benda yang kita minat kita akan teruskan walaupun sesusah mana). Mungkin kite akan bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan yang kita ada apa bila kita gathering nanti.. BILE NAK GATHERING NI?

Di pendekkan cerita, niat yang asas haruslah begini:

1. Menyediakan makana yang halal dan toibah utk umat islam oleh org2 beramal dgn suruhan ALLAH SWT dan ajaran NABI MUHAMMAD SAW (sbb yang ade same ade tak beramal ataupun kurang ilmu).

2. Meningkatkan ekonomi org islm supaya kite boleh membayar zakat utk pembangunan org islam

3. Menyediakan peluang pekerjaan kpd org islam dengan suasana yang lebih islamic -ladang kite tu di dengarkan ayat2 Quran supaya hasil ternakan kite dan perkerja2 kite termasuk kite sentiasa mendapat hidayah drp ALLAH SWT

Bidang pertanian ni banyak cabarannya dan kite akan tewas kalau kite memulakannya hanya utk mendapatkan pendapatan. Sekiranya kite dahulukan yang I nyatakan di atas insyallah kite akan dapat semua termasuk pendapatan yang lumayan.

I ade pengalaman menyediakan kertas kerja dan on ground information drp perbualan I dgn pengusaha....I kan Full Time Housewife yang ade degree tak rocklah duduk bergossip...mase harus di manafaatkan utk benda2 yang baik.

Nanti sambung lagi sbb dah sampai mase nak pergi kerja.....Kat DAPUR AJE (I ni DO @ dapur Officer)

WASSALAM

CHE LIA


Wednesday, August 26, 2009

Nyanyi Lagu Kopratasa..."Masihkah Kau Ingat..."

Lesson 6 - How to reduce picture file size

INI MAjlis persandingan I




MAJLIS PERSANDINGAN I

Kawan2 sorry terpaksa post juga walaupun teruk cara postnya sbb dari tadi dah boring berjam-jam cuba upload gambar dan gambar ini yang keluar. So mek sham inilah Che Din aku. akhirnya ade jugak org berkenan kot aku.
Masa ni yang datang majlis I cuma Bro Shaha dan kakak Mohd. Ini kalau Masnoor nampak siap I kena berleter dgn dia. Bukan ape parent I suruh kalau tidak tak dapat kahwin...I kutkan aje. Majlis ni pada 25hb December 1988.
jangan lupe tengok make-up I yang macam pelakon wayang Cina tu tau

Tuesday, August 25, 2009

MASAKAN I dan ANAK LELAKI



MASAKAN I & ANAK LELAKI,

Tak sangka ye ramai peminat yang meminati hasil masakan I yang main belasah aje tu....kira I skill utk bukak restoren. Sebenarnya I ni dari keturunan tukang masak Istana tapi saje aje low profile sebab kalau bukak kedai ni kita sibuk dan tak ade mase nak mendidik anak2.

Bro Shaha ...no problem pasal sambal tumis tu...cakap aje nanti I hantar.

Bro Mohd....Che Din kate tanya Mohd dia nak makan ape .....dia suruh I masakkan utk U. Cakap aje...tapi janganlah mase bulan puasa sebab pukul 8.00 mlm kami sekeluarga pergi masjid. So hang jangan pulak ajak I berbuka kat rumah u sbb anak2 I tak berapa minat berbuka di luar rumah sbb spec makanannya tak menepati requirement dia ( biaselah budak2 tak suka ade sayur, bawang dlll cerewet macam bapak dia). Kat rumah I masak ikut spec dia org sbb tu yang mummy masak no 1.

Nak story sikit

Berbuka hari pertama dan kedua kami tak berbuka di rumah ( hari-1 kat rumah mak che din, hari-2 kat rumah my mother). Anak2 I tawar aje mukanya. So Aiman ni nak balik UTM slow aje..dan banyak songel dia (makanan kat U tak lalu makanlah dll). Dia tahu korum penuh mmmy mesti masak best2 (ikut selera dia orglah)

So I pun katelah ...Abang kalau nak balik nanti mum and dad boleh ambik...so dia pun diam lah. So daddy dia ambiklah dia drp U.

Semalam I masak simple aje ikut ingredients yang ade dlm peti sejuk....sbb I malas nak keluar rumah and nak drive pergi kedai
1. Savoury bread pudding
2. Pasta bolognese
3. Pasta Carbonara
4. Lemak Ayam - 2 kg ayam utk makan 6 org harap boleh sampai sahur
5. Ikan goreng
Anak2 I gembira masa berbuka ( kena masak English meal dan Malay meal sbb Aiman tak makan nasi). I cuma makan kurma dan Air Zam-zam sbb nak reduce weight.

Sahur tadi bangun ingat dah relaxlah bangun lambat sikit ingat tak payah masak lagi sbb semalam masak banyak...sekali tengok semua periok dah kosong....(anak2 I kate mummy masak sedap sangat kite org makan malam semalam)

Masa tu I teringatkan U all masa belia2 dulu. Dulu I ade masakkan Hisham kari ikan masin yang mak dia bagi (masa tu dia kena demam campak)..I tanya berapa markah dia bagi I. Dia kate kurang sikit drp mak dia.

Anak I kate cikgu dia cakap u all ni kalau kat dinning hall masak lauk sedap2 pun u all kate tak sebanding/sebaik dengan telur goreng yang mak u all masak kat rumah.

So kepada kawan2 yang masih ade MAK/MUMMY jangan lupa selalu2lah ziarah mak dan spend sedikit masa utk beliau. Ibu anda akan menghargai masa yang u all spend with them rather than the money u give them.

Wassalam

Sunday, August 23, 2009

Konvo di UK





Bagi yang kekawan yang tak hadir di upacara Konvokesyen Thames Polytechnic dulu di sini ada di kepilkan sedikit gambar semasa majlis tersebut. Gambar di kena keluar sikit-sikit. Kalau banyak-banyak terus jemu pulak kan.

Saturday, August 22, 2009

Kami Turut Berbangga!!!


Sekalung tahniah kepada Saudara Ir. Hj. Shaharuddin b. Sidek kerana telah menyumbang emas & perak kepada Malaysia dlm acara catur di temasya Sukan Para ASEAN KELIMA (KL09) pada 17-19 Ogos 2009 baru2 ini...boleh rujuk KOSMO!Online, berita sukan 20 Ogos 2009.

Sesungguhnya, individu yg cemerlang akan melahirkan generasi yg cemerlang juga...InsyaAllah...
MENTARI JINGGA

Raya kita di Plumstead...86

Kawan2...ingat tak rumah siapa ni...kita masak sama2 pd mlm tu (saya tolong potong je...belum pandai masakla masa tu...). Kalau tak silap saya, ini rumah di Barrage Rd, Plumstead (dekat Plumstead High Street).
Perasan tak, ada tak cukup sorang ahli perempuan dari Cornway Rd? Kesian Roha, kalau tak silap masa tu dia kena chicken pox...so, tak dapat celebrate bersama kawan2 hari tu...
Eh, Lia pun takde! Hang mana masa tu Lia? Kena "campak" jugak ke? Saya kena measles je on the 1st day of raya, masa tu exam 1st paper jugak . Ingat lagi ambil exam kena kuarantin bersama Bro Adnan sempat 3 papers ambil exam dlm bilik kuarantin Thames Poly...Alhamdulillah, lulus jugak semua paper...
Tengoklah, comel2nya anak2 Abg Jamlus, Abg Hisham & Abg Sharimin...dah kahwin agaknya dah budak2 tu...

Saudara Razif, jangan tunggu lama2...

Ada tak agaknya peluang kita dapat berkumpul semula mcm ni...
Anyway, Alhamdulillah, it's good to hear that everybody has become as somebody...
Keep in touch, brothers & sisters...
"meow...meow...from Kuching"
Wassalam...





Salam Ramadhan...

Ya Akhie wa Ukhtie...!!!
Assalamu'alaikum w.r.b...

Ketenangan ada dlm 'Iman',
Bahagia ada dlm 'Redha',
Sihat ada dlm 'Solat',
Damai jiwa ada dlm 'Zikrullah',
Tabah & sabar ada dlm 'Ramadhan'....
Andainya ini Ramadhan yg terakhir...
TENTU siangnya kita sibuk dgn berzikir,
TENTU solat kita tiada lengahnya,
TENTU tidak kita siakan walau sesaat,
Sentiasa mensyairkan alunan al-Quran,
TENTU mlm kitadisibukkan dgn bertarawih, bertadabbur...
mudah2an Ramadhan ini yg terbaik utk kita...
Sesungguhnya...
yg dekat itu MATI,
yg jauh itu MASA,
yg besar itu NAFSU,
yg berat itu AMANAH,
yg indah itu SOLAT,
yg mensucikan Rohani & Jasmani itu PUASA...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh ketaqwaan...

Salam Ikhlas dari:
MENTARI JINGGA

Thursday, August 20, 2009

Kenduri KAt Marry Dugan Hall, Dartford






Che Lia cuma tengok balik gambar-gambar ini. Cari mana satu Chin, Shakirin, Wanaina, Malek dll.

Wednesday, August 19, 2009

PLUM PATAH...FRUIT PICKING '86






You all nak tahu tak, siapa yg bersalah/bersubahat patahkan dahan pokok plum tu? Haa...cluenya ada dlm gambar2 ni...saksikan...






Tuesday, August 18, 2009

FRUIT PICKING 85

"Amboi...belia-belia lg semua masa ni ya..."

Standing from left to right:
Azmi, Shukri, Jamil, Adnan, Zul, Rosnu, Omar, Shah, Sham, Roha & Mail

Squatting from left to right:
Hisham, Luqman, Aziz, Latif, Shahar & Amer

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Saya ingin mengambil kesepatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga segala amalan kita di terima hendaknya. Amin.

Picture bawah ni di ambil semasa lawatan saya ke Abu Dhabi tahun ini. Mesjid in mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk di siapkan dan sungguh cantik fisihing dia dan senibinanya. Macam Taj Mahal di India.

Ahli yang belum mendaftar di Gmail

Kepada Ahli yang belum mendaftar ke Gmail Account sila daftar sebelum anda boleh participate dalam blog ni. Cara-cara nak create Gmail Account ada di tujukkan di post yang lalu. Selamat Mencuba. Bagi yang baru mendaftar selamat datang ke Blog ini dan bagi yang telah mencuba, Lia dan Syam tahniah. Welcome to the world of Bloggers.

Lesson 5- Edit Post

Alhamdulillah dah dua orang ahli mula. Jangan bimbang kalau dah tersilap tulis. You boleh edit post yang telah di post. What you have to do is go to Customize, Posting, Edit Posts, So you select Edit. Dan you boleh edit balik post yang you type. Selamat mencuba....

MEMASAK DAN MENJAHIT


MEMASAK DAN MENJAHIT


Baru tadi tertengok blog Masnoor....wah jangan lupa tahun ni I nak dtg rumah u kat rawang u kena masakkan saya cheese cake..mesti same macam dalam gambar.


Tahun ini my husband tak kasi I menjahit sbb dia kate habis kan belajar dulu. Kat rumah ni banyak buku2 I merata-rata dan dia kate bunyi mesin jahit bising...ketak,ketak (sound dia macam Hj Bakhil
mat, saje nak maklumkan yang satu komen tu i lah...ini try aje sbb PA I belum balik drp asrama.

Bukan ape takut penat tulis nanti tak sampai

Monday, August 17, 2009

TESTING

Assalamu'alaikum kawan2...

Maafla...saya ni tak pandai bab2 ni...terkial2 cuba nak send apa2 ke dlm blog ni...masih belum berjaya. Semua benda saya tekan, kalau2 nak keluar apa2...Tadi cuba masukkan gambar, bila send, tak kuar stabok pun. Nak tengok tutorial tu, tak clear kat screen saya Mad ooii...susah belajar distant learning ni...nak keloi2 cikgu bukannya dekat, nun...kat Doha nun!
Harap2, percubaan kali ini menjadi. Kalau masuk, saya nak lompat 3 kali (2 inci je)...

Mentari Jingga

Sunday, August 16, 2009

Lesson 4 - How to create a post with picture

This tutorial teaches you on how to insert pictures to the post.

Lesson 3 - How to create a post in the Blog

This youtube teaches you on how to create a post.

Lesson 2 - How to create a blog

So for those who would like to have their own blog or website, you can watch the youtube below that will explain step by step to create the blog or website.

Lesson 1 - How to create a gmail account

Memangkan masih ramai lagi yang masih belum boleh accept to be the author. I syorkan anda membuka gmail account. Please watch the youtube below to teach you how to open a gmail account.

Friday, August 14, 2009

Announcement

I as moderator has invited all those Malaysian Thames Polytechnic or University of Greenwich Alumni members to join and be the author of this blog. Hope all members will actively participate and contribute materials for our blog.

Wednesday, August 12, 2009

Selamat Datang ke Blog Malaysian University of Greewich Alumni


Pciture 1


Picture 2


Picture 3

Picture 4


Picture 5

Picture 6

Picture 7


Sukacita saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog Bekas Pelajar-pelajar Thames Polytechnic atau University of Greewich, United Kingdom. Di harap dengan munculnya blog ini, bekas-bekas pelajar boleh berkongsi cerita di blog ini bagi mengeratkan lagi silaturahim yang telah lama terputus. Ada yang tidak pernah berjumpa setelah lebih dari 20 tahun... Di harap dengan dengan kemunculan blog ini dapat mengembalikan kita di zaman remaja kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi dan boleh di jadikan contoh kepada anak-anak cucu kita tentang pengalaman yang kita harungi memasa berada di rantauan.

Memandangkan blog ini adalah blog kita bersama. Saya ingin mendapat maklum balas dari semua bekas pelajar tentang ciri-ciri blog yang hendak kita tonjolkan dari segi konsep dan sebagainya.

Sebagi permulaan saya ingin mendapat pandangan tentang gambar di atas yang mana satu yang di rasakan sesuai di jadikan header atau gambar untuk blog kita ini. Di harap mendapat maklum balas dari semua.

Sekian dan Salam hormat dari saya

Blog Widget by LinkWithin