Saturday, August 22, 2009

Raya kita di Plumstead...86

Kawan2...ingat tak rumah siapa ni...kita masak sama2 pd mlm tu (saya tolong potong je...belum pandai masakla masa tu...). Kalau tak silap saya, ini rumah di Barrage Rd, Plumstead (dekat Plumstead High Street).
Perasan tak, ada tak cukup sorang ahli perempuan dari Cornway Rd? Kesian Roha, kalau tak silap masa tu dia kena chicken pox...so, tak dapat celebrate bersama kawan2 hari tu...
Eh, Lia pun takde! Hang mana masa tu Lia? Kena "campak" jugak ke? Saya kena measles je on the 1st day of raya, masa tu exam 1st paper jugak . Ingat lagi ambil exam kena kuarantin bersama Bro Adnan sempat 3 papers ambil exam dlm bilik kuarantin Thames Poly...Alhamdulillah, lulus jugak semua paper...
Tengoklah, comel2nya anak2 Abg Jamlus, Abg Hisham & Abg Sharimin...dah kahwin agaknya dah budak2 tu...

Saudara Razif, jangan tunggu lama2...

Ada tak agaknya peluang kita dapat berkumpul semula mcm ni...
Anyway, Alhamdulillah, it's good to hear that everybody has become as somebody...
Keep in touch, brothers & sisters...
"meow...meow...from Kuching"
Wassalam...





5 comments:

  1. Hai Meriahnya mereka berhari raya dia sana...

    ReplyDelete
  2. Mad, mmg meriah...kami beruntung sbb tak ramai perempuan masa tu...so, geng lelaki yg byk buat keje..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Sham,

    Ha hang jangan lupa yang 'main chef' mase sambutan hari raya tu I lah. Tukang masak satay dan segala-galanya yang I tak pernah masak I pun I kata boleh masak sebab takut malu kena kutuk dgn hero2 ni perempuan tak tahu masak....so I belasah ajelah. Lagi pun I kan camera shy sbb tu tak keluar dan sibuk di dapur. ( Malam tu I masak sampai lewat malam).

    Nak story sikit pasal majlis ni lah I berjumpa dengan my husband. Salah satu daripada belia yang dalam gambar itu adalah husband I yang di jemput oleh Bro Shaha...dan kami jumpa sebenarnya dlm keretapi balik daripada shopping kat China Town utk majlis ini (Masa tu wakil shopping adelah I , Brother Jamil dan Bro Mail).

    Husband I dok berkenan kan masakan I dan sampai sekarang kami tak pernah cater makan untuk majlis di rumah kami...semua I yang masak tau...tanyalah Mohd yang sentiasa sedia bersama kami sampaikan anak2 I anggap he is our family.

    ReplyDelete
  4. Sham,

    Nak tambah sikit...mase ni abang ipar i dah balik malaysia....Adik Ipar I ade dalam gambar ni cuba cari...(Clue abang dia mesti sebelah adik dia)

    ReplyDelete
  5. OO..O..!! Sorry Lia...Kami mlm tu terpaksa balik awal kerana asyik duk terkenangkan housemate yg sakit sorang2 kat rumah. Tambah pulak masa tu, diorang pakat berebut2 nak gi jemput tgh2 mlm sorang lagi "makwe" cun di Woolwich utk tolong. So, kami rasa tak berapa guilty sgtlah utk tinggalkan sbb dah ada back-up dan ramai hero2 nak tolong. I ingat, u mmg pandai masak...ingat tak Lia, Hang ajar Sham buat pizza kat rumah Cornway. TQ Sis, sampai skrg aku duk makan kat Pizza Hut juga...hehehe...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin