Sunday, October 17, 2010

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci...

Assalamu'alaikum w.r.b!

Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis...dan blog kita ni pun dah lama tidak di update...dah naik sarang labah2 dah!

Tak tahulah ada orang nak baca ke tak ni...

Pagi Jumaat lepas (15/10/2010), saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon...nama yg muncul kat hp tu sgt2 ku kenal. Saya menjwb dgn memberi salam...Kak Ani!!!!
Tak sangka hari tu, walaupun saya agak sibuk hari itu sbb masih ada tetamu yg belum balik dari Karnival Kerjaya Politeknik KPT2010 Zon Sarawak anjuran kami yg berakhir pd 14/10, saya dpt meluangkan masa bersama dgn Kak Ani hampir seharian di kampus ini. Beliau dijemput all the way from KL, utk menjadi salah seorg juri pertandingan rekacipta model jambatan yg dianjurkan oleh Jbtn Kej. Awam di sini. Ucapan tahniah juga utk Kak Ani (Ir. Noraini Bahri) yg telah pun juga dinaikkan pangkat di CIDB!

Mlm tadi, saya juga ada menerima satu sms yg diforwardkan oleh seorg sahabat kita juga, berbunyi:
...." Tabung Haji mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji menaiki KT 46. Semoga En/Pn ZALEHA BT HJ MUSLAN (IC NO. ********) selamat melaporkan diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 22-Oct-10, jam 4:25 PM. Sila hadir 2 jam lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ******"....

Saya secara peribadi, turut merasa genmbira dan bersyukur, serta berdoa agar agar beliau dan suami dipermudahkan segala urusan, dapat menunaikan ibadah suci ini dgn hati yg tenang dan sempurna, serta beroleh berkat dan haji yg mabrur. Doakanlah juga buat kami di sini ye!

Kalaulah masa tu saya ada di semenanjung, sudah tentu saya akan berusaha utk meluangkan masa berjumpa dgn Lea...Lea, apa2 pun...kami sekeluarga di sini mengucapkan selamat semuanya!

Sekian, wassalam...


Mentari Jingga di Bumi Kenyalang
Blog Widget by LinkWithin