Friday, January 29, 2010

Insyallah Kapalterbang Dah Jumpe Airport


Saje nak buat pengumuman, insyallah kapalterbang I dah boleh nak landing sebab dah jumpe jumpe tiket kapalterbbang semula mase kemas barang tadi. Rupenya tiket tu depan mata.....tu lah akibatnya beli tiket kapalterbang tapi lupe nak tengok tiket tu untuk penerbangan ke mana....main naik aje kapalterbang lepas tu tengok kiri kanan jalannya macam tak betul aje.

So di sebabkan kemarin dulu my Che Din terjumpe dgn keluarga Mat kat Extra Taman Suria....Zura isteri mat kate Mat nak balik bulan Jun...tu yang I tunggang langang cari kompas nak siapkan thesis I. Takut nanti Che Mat balik nanti jawapan I same aje tengah menulis....harap2 kali ni paling kurang pun correction.

So tadi I buat appointment dengan my husband.... I nak bincang pasal thesis writing I ni drp A to Z. So dgn berat hatinya husband I pun terpaksa akurlah....walaupun dia kurang faham tapi soalan2 dan komen dia membantu sangatlah I untuk mengemaskinikan hasil nukilan I tu dalam 2 jam jugaklah. Kalaulah I duduk bincang dgn my husband lebih awal...rasenya dah lame habis thesis I.

Oklah dah malam, Che Din pun dah berdengkur kepenatan sbb terpaksa memikirkan perkara2 berkaitan dgn Sains yang bukan bidang dia di sebabkan nak jaga hati I.

Friday, January 15, 2010

Ukhwah Kita...

Assalamu'alaikum w.r.b!

Mungkin video ni ada yg dah pernah tengok...bg yg belum tgk, ada masa free, bolehlah tengok2...

Mungkin Sang Singa dlm video ini mempunyai perasaan yg sama dgn saya...happy viewing!

Monday, January 11, 2010

I DAH PENCEN UTK BERGATHERING





I dah lupe ape occasion ni. Antara 2 aje jawapan nya..

a. Giliran Rumah Kak Ani dgn Kak Yan untuk adekan majlis berbuka
b. Hari Raya kat rumah Kak Ani dan Kak Yan.

kalau dulu2 cakap ade majlis makan2 aje semua org dtg tak kira dtg naik keretapi ataupun bas dan ade yang berjalan kaki. Sekarang tak payahlah masing2 dah sibuk dgn urusan masing2.

Selain daripada Mek Sham, Kak Ani, Kak Nor, Mohd, Masnoor, Mil, Abg Shaha dan Dr latif...yang lain I tak pernah jumpe. Ade jugek dengar suara2..

MY SIS









Post I kali ini I dedicate to My Sis Kak Ani. Sebelum Kak Ani datang join Club Civil....I tak ade kawan lain kecuali Malek dgn Masnoor. mamat tu dua orglah teman aku nak berbual. Disebabkan I duduk sorang2...jadi I selalu simpan perbualan daripada petang, malam dan pagi...utk berbual cakap melayu bile jumpe Masnoor dgn Malek. Kalau Malek tipu I pengalaman dia naik kapal terbang Aeroflot pun I main percaya ajek...dia kate pramugari dia gemok2lah, bagi ayam satu ekor dan lain2 lagi. Walaupun Masnoor kate I cakap banyak....I tak kisah sbb bile dia org dah balik I tinggal sorang dlm bilik tengok pokok dan dinding.

Cuba kawan2 tengok bile ade akak I senyum aje, merasa jugaklah I berjalan-jalan ke Amsterdam. Dalam kapal kami beli semua bed supaya kita org senang nak sembahyang. Minah salleh 2 org tu anak dara Mr Baker dgn kawan dia....sbb nak cukupkan 4 org sebilik utk the ladies. Walaupun kak Ani tak pernah muncul dlm blog tapi I tahu dia masih membaca.

Nak kenalkan jugak yang Mat Hensem tgh tersenyum tu namenya Cheelle, dia kerja kat JKR di Kenya. Dia kalau becakap lembut aje dgn I, tapi Masnoor suka menyakat dia.

Dulu mase berjalan dgn Kak Ani I selalu mintak nak pergi tempat yang mengarut-garut nak masuk disko lah. Terpaksalah kak Ani beralas kenape tak boleh pergi.....mase tu I muda belia...main bantai aje kalau nak buat ape2. Sekarang dah kahwin barulah tahu batasannya. Anyway at least dapat jugak I pergi naik cruise, pusing2 kat amsterdam, zoo, pergi library dan beberape muzium

WAJAH_WAJAH GLAMOUR SAHABAT2 KITA

Since abang Shahar dan dr latif kita selalu tengok blog tapi sampai sekarang belum mengepos2 lagi....dan che mek kita dah boring dgn cerita2 yang dah basi...so I pun terposlah gambar ini.

Ini adalah gambar2 brother kite 25 tahun yang lalu. Mengikut cerita my husband, masa tu my husband tinggal serumah dgn brother2 yang belajar tailoring ni....dan mengikut cerita brother shahar mereka pindah drp woolwich utk join brother2 ni (sorry about the grammer sbb dah mengantuk).

Kepada shahabat2 yang tak kenal brother2 ni...ni I nak kenalkan sbb our family masih in contact dgn jejaka2 di atas.

1. Den Wahab - Celebrity, Pelakon dan Towkey Jahit Menjahit yang berjaya
2. Din Dion - Towkey Jahit menjahit yang berjaya jugak, ade kedai kat Cambell Complex dan JB
3. Zul Larkin Klasik - Towkey Jahit menjahit
4. Azhar Kecik - Towkey Jahit menjahit yang berjaya jugak

Fish Talk...

"Hai...mana semua orang ni??? Sibuk sangat ke..."

Friday, January 8, 2010

Back to work...

Assalamu'alaikum sahabat2 yang dikasihi sekelian...

Hello 2010...Goodbye 2009!

Sepatutnya cuti saya berakhir 6 Jan 2010, tapi malangnya terpaksa batalkan cuti pd 6/1 sbb bos2 dari KL turun ke Kuching, ada taklimat penting & ada mesy penting pd 7/1. Sudah2nya, bkn setakat cuti kena cancel, appoinment utk health c/up kat hospital pun tertangguh..

Penat (??!) bercuti selama 9 hari belum sembuh, dah bertimpa2 tugas yg mendatang...biasalah, bila tinggal ofis lama sikit. Setiap pg, i really need to have heavy breakfast sbb selalu miss soru waktu tghari (kecuali kalau hari2 yg ada meeting or ada pelawat atau majlis...dah tentu dpt mkn free). Kalau ada sedikit masa rehat slpas solat pun, saya prefer utk baring sekejap dlm bilik utk relax kan urat saraf yg tersimpul, tertegang dsb. Walau mcmana penat sekali pun, bila hati rasa puas menyempurnakan tugas, rasa berbaloi & terubat semuanya. Saya rasa, semua org lain pun begitu juga...

Apa2pun, saya nak kongsi beberapa keping gambar yg membuatkan saya rasa segar bila melihatnya (diambil semasa di Cameron Highland, menggunakan kamera "chikai" saya...so, mgkn mutunya krg memuaskan, tak secantik gambar2 yg Mad ambil)...





Alangkah indah dan damainya kalau rumah saya dikelilingi oleh tanaman2 ini...how i wish...berangan sekejap...







Bila masuk kebun2 ni, rasa mcm tak nak balik...
Bila kembali ke pekan (hotel penginapan betul2 kat centre pekan Brinchang...byk hotel lain dah penuh dan rate at peak season mahalnya melampau2...), rasa mcm nak balik ke Kuching...hehehe...

MELAKA RIVER CRUISE AT NIGHT



Sebelum pergi rumah Masnoor, I and family pergi ke Melaka dulu untuk berjalan2. Tapi becoz hari tu Boxing day 26th Dec jadi ramailah pelancong dan kami lepas sholat sunat di Masjid Kg Ulu manage melancong drive through aje di Jongker Street dan persekitarannya. Lepas balik daripada rumah Masnoor kami patah balik ke Seremban dan Melaka dan spend the whole day touring Melaka Historic City. Cari jugak Asam Pedas yang sedap2 di Melaka, tanya dgn budak jual goreng pisang tepi sg kat depan bangunan Merah, tapi budak tu kate semuanya tak sedap kak...so siape tahu tempat yg bagus2 boleh lah I nak pergi tengok, test and try.

Anyway, macam Masnoor I pun dah pergi naik River Cruise tu, but i prefer naik malam coz tempat yg buruk2 tu dapat di lindungi oleh lighting yang cantik jugaklah. Dulu I dgn kak Ani pernah jugak naik River Cruise kat Amsterdam...but coz kat sana ade boat house, banyak canal dan bangunannya lebih terjaga...jadi walaupun siang nampak cantik jugak. Thanx kak, walaupun akak dah pergi Amsterdam dgn family...akak pergi jugak utk temankan I. Masnoor kalau hang datang JB I bawak u naik Cruise Selat Tebrau ...boleh pilih yang kecik atau yang besar.

Friday, January 1, 2010

Kunjungan Jejak Kasih Kawan2 Se"Thames"...

Assalamu'alaikum w.r.b sahabat2 yang dikasihi sekelian...

Selamat Tahun Baru Hijrah & Tahun Baru Masihi buat semua. Semoga hidup kita semua beroleh keberkatan dunia & akhirat. Azam tahun baru saya? Hmmm...menyempurnakan azam tahun lama kut...Di tempat kerja pula, rasanya 7 bulan sudah cukup lama utk saya meng"adaptasi"kan diri dgn tugas & t/jawab baru, mengkaji "rentak tari" semua pihak yg berurusan seharian serta mengatur strategi utk beberapa transformasi...Tahun 2010, InsyaAllah sudah sampai masanya bagi saya mengorak langkah utk terus mara ke depan...yeeeeha!

Alhamdulillah, 2009 berlalu dengan penuh peristiwa yg menggembirakan...selain dpd pencapaian di jabatan lama, kenaikan pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali yg ke 4, yang amat menggembirakan saya juga adalah dapat bertemu kembali dgn sahabat2 lama, kawan2 sekolah & kawan2 di UK. Sangat menyeronokkan juga apabila mengetahui ada kawan yg telah mengabadikan kenangan silam kami semasa di persekolahan dulu di dalam buku2 karya beliau...

Tanggal 27 Disember 2009, saya telah diajak oleh Lia untuk berkunjung ke rumah Sdr. Masnoor (sama college di Ganella College, kami ni sama geng yg tersasar dpd ke Australia kpd UK & se"Thames"...saya ingat lagi, saya & Masnoor adalah antara yg tercicir semasa ketibaan di Heathrow airport, tertinggal bas ke MARA Hostel sbb kena tahan kat imigresen sbb document Medical c/up tak lengkap). Mula2nya saya segan juga sbb saya bukannya biasa sgt mcm Lia dgn Masnoor ni, tapi, tinggi hajat nak berziarah dan saling berkenalan sesama ahli keluarga. Sebenarnya kami sekeluarga tak pernah sampai ke Rawang, maka dalam mencari rumah Masnoor, kenyanglah kami "makan buah langSAT". Perjalanan kami mengambil masa sama jauhnya dgn KL ke JB...ditambah lagi dgn keadaan hujan & mata saya yg agak rabun, agak sukar utk membantu suami mencari arah perjalanan...Alhamdulillah sampai juga ke rumah beliau.

Saya amat terpegun dgn susunatur ruang serta hasil tgn Masnoor yg memenuhi hiasan dinding (cross stitch). Saya memang meminati cross stitch, tetapi keadaan masa serta kesihatan mata yg kurang baik, saya terpaksa "pencen" dari membuat cross stitch. Di bawah ni, ada beberapa gambar (maaf, kualiti gambar agak kurang baik) yg sempat diambil semasa kunjungan tersebut...





Amat tertarik juga melihat ketabahan isteri beliau menjaga 8 orang anak dalam keadaan mengandungkan anak yg ke 9...Subhanallah...Masnoor, sememangnya, sungguh2, dia adalah isteri yang terbaik anugerah Allah utk anda. Alhamdulillah, sbg kaum Hawa, saya tumpang berbangga dgn keupayaan beliau...Tapi, bila diajak bergambar, beliau segan utk join sekali...

Mudah2an, 2010 akan datang bersama rahmat utk kita semua.
Sebelum pulang ke Klang, Masnoor sempat bagitahu saya yang dia masih ada "hutang" (janji yg belum tertunai) dgn saya...hahaha...sebenarnya saya dah terlupa, tapi bila dia ingatkan, terpaksalah saya ingat semula...
Terima kasih kepada Masnoor, Ila & anak2...(anak kecil beliau, Ikhlas & Syahadah agak ramah bila diajak berbual). Terima kasih juga kpd Lia & Che' Din! Ada masa datanglah ke Kuching ya!

0500am, 010110
Wassalam
Blog Widget by LinkWithin