Friday, January 1, 2010

Kunjungan Jejak Kasih Kawan2 Se"Thames"...

Assalamu'alaikum w.r.b sahabat2 yang dikasihi sekelian...

Selamat Tahun Baru Hijrah & Tahun Baru Masihi buat semua. Semoga hidup kita semua beroleh keberkatan dunia & akhirat. Azam tahun baru saya? Hmmm...menyempurnakan azam tahun lama kut...Di tempat kerja pula, rasanya 7 bulan sudah cukup lama utk saya meng"adaptasi"kan diri dgn tugas & t/jawab baru, mengkaji "rentak tari" semua pihak yg berurusan seharian serta mengatur strategi utk beberapa transformasi...Tahun 2010, InsyaAllah sudah sampai masanya bagi saya mengorak langkah utk terus mara ke depan...yeeeeha!

Alhamdulillah, 2009 berlalu dengan penuh peristiwa yg menggembirakan...selain dpd pencapaian di jabatan lama, kenaikan pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali yg ke 4, yang amat menggembirakan saya juga adalah dapat bertemu kembali dgn sahabat2 lama, kawan2 sekolah & kawan2 di UK. Sangat menyeronokkan juga apabila mengetahui ada kawan yg telah mengabadikan kenangan silam kami semasa di persekolahan dulu di dalam buku2 karya beliau...

Tanggal 27 Disember 2009, saya telah diajak oleh Lia untuk berkunjung ke rumah Sdr. Masnoor (sama college di Ganella College, kami ni sama geng yg tersasar dpd ke Australia kpd UK & se"Thames"...saya ingat lagi, saya & Masnoor adalah antara yg tercicir semasa ketibaan di Heathrow airport, tertinggal bas ke MARA Hostel sbb kena tahan kat imigresen sbb document Medical c/up tak lengkap). Mula2nya saya segan juga sbb saya bukannya biasa sgt mcm Lia dgn Masnoor ni, tapi, tinggi hajat nak berziarah dan saling berkenalan sesama ahli keluarga. Sebenarnya kami sekeluarga tak pernah sampai ke Rawang, maka dalam mencari rumah Masnoor, kenyanglah kami "makan buah langSAT". Perjalanan kami mengambil masa sama jauhnya dgn KL ke JB...ditambah lagi dgn keadaan hujan & mata saya yg agak rabun, agak sukar utk membantu suami mencari arah perjalanan...Alhamdulillah sampai juga ke rumah beliau.

Saya amat terpegun dgn susunatur ruang serta hasil tgn Masnoor yg memenuhi hiasan dinding (cross stitch). Saya memang meminati cross stitch, tetapi keadaan masa serta kesihatan mata yg kurang baik, saya terpaksa "pencen" dari membuat cross stitch. Di bawah ni, ada beberapa gambar (maaf, kualiti gambar agak kurang baik) yg sempat diambil semasa kunjungan tersebut...





Amat tertarik juga melihat ketabahan isteri beliau menjaga 8 orang anak dalam keadaan mengandungkan anak yg ke 9...Subhanallah...Masnoor, sememangnya, sungguh2, dia adalah isteri yang terbaik anugerah Allah utk anda. Alhamdulillah, sbg kaum Hawa, saya tumpang berbangga dgn keupayaan beliau...Tapi, bila diajak bergambar, beliau segan utk join sekali...

Mudah2an, 2010 akan datang bersama rahmat utk kita semua.
Sebelum pulang ke Klang, Masnoor sempat bagitahu saya yang dia masih ada "hutang" (janji yg belum tertunai) dgn saya...hahaha...sebenarnya saya dah terlupa, tapi bila dia ingatkan, terpaksalah saya ingat semula...
Terima kasih kepada Masnoor, Ila & anak2...(anak kecil beliau, Ikhlas & Syahadah agak ramah bila diajak berbual). Terima kasih juga kpd Lia & Che' Din! Ada masa datanglah ke Kuching ya!

0500am, 010110
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin