Tuesday, November 17, 2009

Surah Al Khauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & di turunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga, Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini di sifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana di turunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya dan bapa saudaranya Abu Talib

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyallah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah di bacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

4.Jika rumah di percayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika sholat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membaca sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah dan di zalimi.

Wallaahualam

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin