Friday, November 13, 2009

Sup Kambing


Lama tak makan Sup. Masa kat UK dulu ni aje la yang pandai masak masa baru-baru sampai. Masnoor selalu cakap masakan I ni pregnant dish. Tapi Masnoor memang dengan penuh hikmah tak komen pun bila I asyik masak itu aje. Kalau masak ni memang boleh kejam mata dan main campak aje bahan-bahan dia. Dan lebih sedap kalau makan dengan roti Peranchis.

Tapi I boleh nampak tiap kali Masnoor menyuap masuk dalam mulut dia macam telan aje terus maklum lah Makanan orang mengandung.... So satu hari kerana kesian kan Masnoor, I pun cuba la masakan lain. Nak tau I masak apa? Sardin campur telur... Hai kembang terus tekak... Masa tu terus Masnoor memecah kesunyian ... Che Mat Hang masak apa ni.. Lepas tu terus tulis surat balik kampung minta arwah akak hantarkan buku resepi..... Itu la nostalgia Masakan Sup..

6 comments:

  1. Mat, pasal soup kambing hanglah I dgn Che Din ter overdose makan. I told Che Din I teringin nak makan soup lah pagi ni sbb mat kate dia masak soup. I tak masak sendiri sbb sekarang ni Azim nak SPM so everytime mum & dad will be with the children to give moral support. Pergi sekolah, balik sekolah dua2 org yang ambik dan mmesti dlm keadaan yg cool. So dapur I cuti sekejap pagi.

    So lepas hantar anak2 kite org pergi cari kesai jual sop...try kat restoren Tok Misai kat Larkin tu, sop pulak belum masak...bengang jadi kami makan
    1. nasik goreng kampung dgn rendang daging - tak mencapai standard.
    2. soto ayam - masak tak mencapai standard
    3. sbb boring order roti bakar - hancus
    Conclusion - X (fail - rejected)

    Tak puas hati pkl 11 I kate I masih nak makan sop, so my husband bawak pegi...Kedai Sop kat Kampung Kurnia
    1.Early bird yg dtg makan sop- tak tercapai standard macam lauk org bersalin.
    2. Makan nasik lemak - too comercial..so.so

    Conclusion ...So-so

    ReplyDelete
  2. Sambungan, tadi tengah mengomen staff I pulak dtg suruh sign surat...berhenti lame sebab Idea dah terbantut.

    Masih tak puas hati lagi dengan quality sop...I ingat besok pagi I nak masak sop daging campur. Rabu depan anak I suruh masak Mee Hoon Soto utk majlis sempena cuti sekolah, dah pesan suruh masak banyak takut tak cukup. Hari ni dia dah pukul canang kat classmate dia yg mak dia akan masak Mee Hoon Soto (order2 tak mainlah)...semua murid dah terliur. Patutlah mase ambik dia hampir satu class salam dgn I...rase macam dah jadi Margareth Teacher...tu belum makan mee hoon sots lagi. kalau dah makan ...may be they treat me as Obama.

    ReplyDelete
  3. apa2 harap2 lagi 2 minggu tercapai la apa yg aku nak makan bila Zura ada sini.. Masa tu u sebut la mee hoon ke sop ke apa ... I order je nanti

    ReplyDelete
  4. Mat sekarang ni baru aman sikit, I nak cari idea utk berkarya...semuanya dah tidur berdengkur2 yang dapat di dengar daripada tingkat atas dan bawah. Dah 2 hari dapur i tak berasap...makan kat Secret Receipe kat Bukit Indah tak capai standard (kire tak indah)...makan kat Kg Melayu Steak House...very Melayu (tak pernah jejak London).So tadi I masak spt menu ini....mereka so satisfied with mum dinner meal sampai tertidur2...

    1.Chicken Fillet with bread crumb
    2.Bolognese Puff Pastry
    3.Blanch Creamy Herbs Potato Wedges
    4.Mushroom Soup
    5.Black Pepper Sauce
    6.Blanch Carrot & Cauliflower
    7.Breaded Dory Fillet
    7.Durian D 24

    Kalau I memasak anak2 sekejap2 ke dapur ..."Ma...masak ape"...yang mana sebenarnya dia dah nampak dan bau I masak ape. Tu yang I dgn my husband would miss a lots when our kids go to U's and colleges.

    ReplyDelete
  5. Sodaaaappp...sodaaappp...! Sup kambing mamak adalah my favourite! Anak2 suka makan ayam, so, i rasa, kalau ayam terserempak dgn diorang, bertempiaran lari ayam2 tu dari diorang...takut kena makan!
    Saya pulak since terangkat dek family Pakistan, suka makan capati, tandoori, nan, kambing...kalau saya lalu depan kambing, semua kambing akan tunduk, takut nak bertentang mata dgn saya!
    Dalilnya, masa korban raya tahun lepas, saya ambik kambing je sekor, my hubby ambik bahagian lembu. Lembu2 & kambing2 lain semua gelisah bila nak kena sembelih. Tapi kambing saya bila saya usap2 atas dahi dia, dia tunduk akur je...semua org hairan tau...sampai anak2 tanya, "kenapa kambing Ummi baiknye..."
    hehehe...tengok tuan dia laaaa...

    ReplyDelete
  6. Mat akhirnya pagi sabtu I masak sop daging campur tulang2...alangkah puasnya rase. Tak ade pulak org2 nak lalu kat taman Munshi boleh I jamukan Sop Daging cicah dengan roti Perancis untuk menambahkan perisa ade sambal kuah kicap. My husband tak kasi tunjuk gambar takut nanti ramai pulak yang nak order..macam Dr Romzey towkey Jus Mate tu dah kena pakai 17 org body guards sbb dah terlebih famous.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin