Wednesday, November 4, 2009

Nostalgia LONDON











Sempena musim haji ni aku tertarik nak share cerita aku dengan kawan2. Berbanding dengan Masnoor I tak perlu pergi Interview sebab I budak MRSM. Dulu adelah pegawai MARA suruh tukar course Electrical Eng tapi I tak mahu sebab I ingat ambik Civil Eng boleh kerja kat PUSPATI. Sebenarnya I tak tahu sepatah habuk pasal Civil Eng. Tapi sebab nak pegi obersea dan nak tengok Oxford Street I ikutkan hati jugak.

Kalau Mohd dan Mek Sham nak pergi obersea macam2 yang keluarga masukkan dalam beg. Cerita aku berlainan pulak. Sebelum aku pergi UK seluruh keluarga aku yang ade di kg pergi menunaikan fardu haji. Jadi tinggallah aku 44 hari seorg diri dirumah. Keluarga aku tak kisah tinggalkan aku kat rumah pasal dia tahu aku tak pandai jalan2 dan memang baik dan mase tu umur aku dlm 18 thn. Lepas tu MARA bagi tarikh utk ke London dan kebetulan same tarikhnya dgn keluarga aku pulang daripada Mekah cume berbeza waktunya.
Jadi aku pun isilah barang ape yang aku rase patut di bawa dalam beg yg abang aku guna mase dia belajar kat US. Aku main isi aje ape brg yg ade di rumah sebab aku tak ade lesen kereta. Aku pun naik bas pergi ke bangunan Tabung Haji di Bandar JB, mase tu mane ade handphone nak telephone keluarga....jadi aku decide nak mintak tolong kat org tabung haji utk bagi tahu keluarga aku yg aku akan bertolak ke London pada waktu dan tarikh tersebut. Yelah nak pergi jauh, nak pesan aku mintak maaflah kalau ade salah dan silap. Kalau kat kg aku ade org balik haji aku pergi tanya kot keluarga aku ade pesan ape2...tapi tak de. Sebab tu mase kat Thames aku blur aje, banyak benda yg aku tak tahu. Yang paling sedih bile di beritahu aku kena duduk sorang2 kat rumah org Nigeria.....nanti aku storykan bile aku ade mase.
Dua hari sebelum aku bertolak org tabung haji call bagi tahu dah bagi tahu family aku yg aku nak pergi pade tarikh yg same dia org nak balik dan permohonan aku utk dia org turun di KL akan di usahakan. So aku panggil abang aku utk ambik aku kat JB sbb nak bawak beg dan bawak kereta pergi KL ke rumah kawan bapak aku utk ke LONDON. Nasib baik menantu kawan bapak aku kerja MAS kat Airport Senai pade hari tu dan dia arrange kan supaya apabile keluarga aku sampai terus terbang ke KL dan uruskan atuk aku dan semua brg2 yg di bawak balik drp Mekah. tapi sekarang ni dia dah duda isteri dia baru meninggal sbb sakit cancer. Cume yg aku syukur sebelum dia meninggal aku sempat pujuk keluarga dia utk bawak dia pergi ke Mekah dan sempatlah dia menunaikan umrah dan allah bagi dia kekuatan utk beribadat walaupun sekejap sebab dia dah sangat kritikal.
Sekarang ni anak aku umur 20 tahun pun masih semua barang aku yang uruskan. Budak2 dulu survivalnya berbeza dgn budak2 sekarang. Persahabat org2 dulu pun berbeza dgn zaman sekarang. Bapak aku kenal dgn kawan2 dia mase dia Rekrut Navy mase umur2 kite dulu dan berkawan sampaikan masing2 ade yg sampai bercicit macam saudara rapat.












1 comment:

  1. Lia,
    Nak buat pembetulan...
    Masa nak pegi UK dulu, bukan keluarga yg tolong isikan...isi sendirilah...arwah mak Sham tgk je sbb dia tak tau nak bantu mcmana, semua urus sendiri, dari visa sampailah berlepas...
    Lesong2 batu tu semua adalah idea sendiri ngan kawan2 je huahuahua...
    My beloved father passed away since i was in std 6 lagi, so, sejak tu belajar berdikari...tapi bila sampai london tak pandai pun nak masak kari...semua main campak aje...daun ketumbar disangka daun sup, secara tak sengaja, tersukalah pulak dgn daun ketumbar...ala2 masakan pakistan gitu!
    I bawak lesong batu, rice cooker, beras, gula, keropok, ikan kering, ikan bilis, udang kering, belacan, rempah kari, serunding daging, serunding ikan, masa balik cuti siap pakat ngan Kak Nor...dia bawak telor masin yg dah siap rebus, kicap cap kipas udang, sambal tumis kering...Sham bawak serunding daging, budu (ni ada org yg kirim...sapa2 yg berkenaan tu, baik ngaku! Susah payah olah packaging khas utk budu hingga selamat sampai ke London tau....).
    Nasib baiklah jumpa ngan Kak Nor lepas tu, dpt juga merasa masakan ala2 masakan mak...
    Sampai sekarang seronok kalau jumpa Kak Nor, mesti riuh kat meeting kalau sama2 ngan dia...family dia pun semua dah kenal Sham...very nice!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin