Monday, November 9, 2009

ANTARA KESUNYIAN DAN KERIANGAN






Maaflah terpaksa post jugak walaupun dah pencen. Post ini di tujukan khas kepada sahabatku yang sedang berada di Genting Highland Kota Keriangan.....yang mana penghuninya sepatutnya riang dan bukan kesunyian sbb tertinggal bantal2 peluk kat Kuching sbb tak muat nak masukkan dalam beg.....kira excess baggage.

Duduk asrama memang boring...lebih2 lagi asrama yang undang2nya tak ketat. Dulu mase I duduk kat Hall of Residence di Dartford, I terasa sangat sunyi. Mula2 dulu rase sedih sbb rase kawan2 tak sayangkan kite sbb suruh kite tinggal di sana sendirian. Just imagine bile semua org balik ke Woolwich I tinggal sorang2 dlm bilik dan tak boleh cakap Melayu dan menanti Melayu2 datang besok pagi....itupun kalau ade yang datang. Kalau hujung minggu makin lah amat sunyi,kena tunggu hari Isnin baru jumpe orang Melayu lagi. Takkanlah tiap2 minggu nak balik rumah Mek Sham...malu. Untuk menghilangkan boring I suka mandi....mase duduk rumah sewa kat Woolwich tak boleh mandi sbb toilet dia sejuk sangat. Kat hostel toilet dia walaupun campur uni-sex tapi selalunya shower dan bath tub kat floor I, Ana yang punya. kalau I masuk habis seluruh toilet berasap sbb lame sangat menyanyi kat dalam bilik air.

Kalau Masnoor tak larat nak tengok sardin, I pulak makan sambil tutup lampu...dalam gelap sebab dah tak larat nak tengok makanan. Kat Dartford mana ade kedai Pakistan yang boleh beli Samosa macam kat rumah Bro Ismail. Bagi I orang buta pandangan sentiasa gelap. Tu yang sebabnya I slim river mase kat sana.

Tapi dulu rase kesunyian tu tak lah se tension sekarang apabile dah berkeluarga....tambah2 dah ade anak2 yang cute2. Mek Sham demo tak tension ke?. Hari tu my husband pergi meeting kat Pasir Gudang aje I dah tak tahu nak buat ape tu pun breakfast masih bersama lagi siap share pinggan lagi sbb malas nak basuh pinggan. Habis semua kawasan undi I lawati sepanjang 5 jam tu.


Anyway Kak Ani kalau kesiankan che mek molek kite ni.....lawat2lah kota keriangan ni. Dia akan berada selama 2 minggu di sana. Masnoor dan Mohd share2 lah cara2 mengatasi ke boringan berjauhan daripada keluarga pade sahabat kite ni. Akhir kate Mek Sham selamat bergembira di Kota Keriangan.









2 comments:

  1. Sebenarnya Lea bukan tak nak tulis... nanti berkoyang baldi kena tadah dek tangisan u all mendengar cerita dan pegorbanan kami. habis nanti semua isi perut keluar cerita... so biarla you all dengar cite2 yang best2 aje...

    ReplyDelete
  2. Salam Lia...
    Jam skrg pukul 1.15am. Tadi masa Lia suruh Sham post ke blog tu sbnrnya tgh mata duk terpejam-celik2...penat seharian naik turun bas, panjat tangga 4 tingkat masa lecture, nasibaik hostel dpt 2nd floor je. Terlelap...sedar2 tgk blog, dah ada org tolong postkan dah...tq..tq...

    Nak kata sunyi tu taklah sgt sbb bilik ni akan sentiasa berbunyi (tv mmg on sampai pagi...tv yg tgk aku, aku dgr je dia).
    Pernah sekali Sham kena tinggal sorg2 selama sebulan kat rmh, anak2 balik cuti sekolah di Klang, bg chan time weekend boleh jumpa abah mereka yg tgh bljr kat UTM JB masa tu. Masa tu, bila balik rumah je, rasa berdengung telinga, sunyi sungguh rasanya...tv & radio aku onkan sehingga pg nak gi keje semula. Rasa mcm org gila dibuatnya. Lepas tu aku serik, "jgn tinggalkan umi sorg2 lagilah please..."

    Tak dpt dibayangkanlah dgn apa yg dirasakan oleh sahabat2 kita yg berkhidmat di timur tengah sana...tapi org lelaki lain sikit, langkah dia boleh panjang2...nak buat apa2 pun tak terikat sgt mcm kita org pempuan ni...everystep kena minta izin or bgtau..lagipun tak berani sgtlah kut..i prefer to be at home bila hubby o/station...keluar bila betul2 perlu je.
    Besok lagi teruk ni...sesi petang sambung lagi sampai jam 6.30ptg... 3 hari by tomorrow ada physical fitness test. Diorg risau kalau2 future Pengarah tak larat nak bawak body sendiri agaknya. Tapi, dlm ramai2 peserta 40 org ni, 7 org je ladies. Yg lelaki mostly dah berambut silver metalic, kira bila duk dlm group diorg ni, terasa mudalah kejap...siap ada assignment kena submit dlm masa sebulan, presentations and ada final exam lagi...nak riang apanya kalau mcm ni? Ingat dtg sini, boleh release tension ke, tgk2, kena lantik jd "penghulu wanita" lagi...so they call me "Datin". Kacau betul, tak kasi chan langsung!

    Bila time o/station ni, siaplah bil telefon melambung2....tapi tadi tak dpt b'ckp ngan anak2 sbb mereka tertidur awal sgt,,,bila kena gini mmg rasa ralatlah...
    Petang tadi ada my x-school mate datang visit, dia lecturer dlm ni...
    Kat bwh bilik ni ada gym, but i've never entered any gym in my lifetime...apatah lagi kalau bercampur L&P, lambat sikitlah...

    Mad & Masnoor, sabo jelah ye...dah u yg nak pegi sgt sana kan...InsyaAllah afterall for the bettermen of ur family jugak kan...kira berakit2 dahulu lah ni ye..

    Oklah, dah pukul 1.50am...besok kena bangun kul 4.30pg, kalau tak, miss lagi nak bercakap ngan anak2...coz 5.30 mereka dah ke sekolah..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin