Saturday, November 21, 2009

CUTI SEKOLAH




Ha dah cuti sekolah....mak-mak yang jadi drebar bas sekolah bolehlah raya hindu sbb boleh gantung stering keta. Tapi jangan lupe kena ganti dengan sudip dan kuali....sebab anak2 kat rumah asyik lapar aje. Restoren mama pulak bukak 24 jam mengalahkan restoren mamak yang ade main tukar2 shift. Dobi jangan katelah...kalau washing machine tu boleh bercakaplah....dah lame mintak balik negeri. Ini baru anak 4 orang.....yang anak ramai macam masnoor macam manalah agaknya. Bapak yang anak2 ramai nak datang bercuti pulak sibuk mencari tilam sebab tiba2 terasa rumah yang ade ni terkecik pulak sebab selalunya duduk bujang.
Dulu2 rasenya masa cuti sekolah tak macam ni. Banyak acara permainan kampung yang dah di rancang....sbb dlm family perempuan tak ramai..jadi game lebih kepada permainan lelaki (ikut abang2). Paling terror buat kapal laut & kapal terbang Tamiya, main getah, main guli, gasing, galah panjang dll tu belum campur main buat senapang kayu pakai peluru buah ceri. Main sembunyi2 acara wajib....jangan lupe AEIOU....vowel pun boleh jadi permainan. Dari segi pembinaan pulak...siap buat rumah atas pokok...berangan jadi The Robinson Family. Kadang2 kalau ade kawan perempuan main jugak patung kertas yang 5 sen. Kalau nak lebih kreatif buat patung pakai suratkhabar gulung2....utk jadi rangka, kepala pakai kulit telur...lepas tu pakaikn baju drp kain perca.
Kalau makan pulak tu standardlah pagi2 dah ade jemput2 ikan bilis satu pinggan dengan air kopi satu teko. Kalau ade lebih nasik semalam buat nasik goreng. Tak pandai nak order2 dan boring2 dgn makanan yang mak sediakan. kadang2 kalau musim ketam pergi ke laut cari ketam...paling tidak pergi rumah jiran belajar buat jala dan joran buluh, paling cekai pun memancing pakai tin susu. I terror buat jala dan seronok zaman kanak2 I. My husband tak terror sangat sbb dia org PJ...Petaling Garden tak duduk kampung macam I.
Sekarang masa dah berubah...rumah pun dah tak ade laman, nak kelaut pun laut dah tercemar. Budak2 pun dah tak creative lagi...asyik dok mengadap TV dan komputer aje. Kena hujan sikit dah demam. Sikit2 mama....kalau di kira panggilan mama kat rumah dalam satu hari...rasenya ade mencecah 150x. Tapi tak pe...layan dia mase dia dok berkenankan kita....kalau dah tua baru nak tercari anak...takut anak pun dah tak minat dgn kite. Kadang2 kesian kot anak2 sekarang sangat limited ruang utk berkarya.










1 comment:

  1. Haiii...tiap kali cuti sekolah, rasa tak puas nak duk rumah. Time anak2 sekolah tak terasa sgt sbb mereka seharian di sekolah. Bila cuti, tiba2 suasana jadi riuh & meriah...bila begini, hati menjerit2 nak duduk rumah je, mengurus rumahtangga dgn kaki & tangan sendiri sepenuhnya...tapi apakan daya, masih belum mampu utk bersara. Apa2 pun, bersyukur dgn rezeki yg ada...

    Bila Lia cerita kisah silam masa kecik2 dulu, tak sangka rupa2nya kita ada sedikit persamaan. I was grown up as a kampung girl...so, pengalaman mengail dgn joran buatan sendiri kat tali air & baruh (sawah), tangkap belalang, kutip cendawan, rumah pondok atas pokok, ikat kerusi malas kecil kat celah dahan rambutan, dan yg paling tidak dpt dilupakan ialah round kampung naik beca yg dikayuh oleh teman sama sekolah, kutip najis lembu buh dlm guni utk di bawa ke sekolah sbg baja tanaman sayur2an di taman sains...sekolah kami selalu menang pertandingan Taman Sains. Rasa bangga bila dpt bawa balik hasil tanaman utk Mak di rumah...

    Main pondok2, tak mainla masak olok2...siap tangkap anak ayam, abang tukang sembelih, kakak2 masakkan betul2...sampaikan bila petang, Mak dtg mengemas pondok terjumpa bulu anak2 ayam yg hilang (disangkakan dimakan musang) bawah tikar dlm pondok kami...beristighafar panjang Mak masa tu bila dia jumpa "musang" yg sebenarnya...

    Bila time sukan sekolah, zaman dulu2, hadiahnya adalah sumbangan PIBG (org2 kampung sekitar), so, hadiah berupa baldi, besin, talam, tudung saji dan pelbagai barangan yg cukup utk menggembirakan hati ibu2...masa tu kami bertiga beradik perempuan yg masih bersekolah rendah terpaksa menyewa 2 buah beca yg hanya penuh dgn muatan hadiah, sedangkan kami balik jalan kaki je sbb tak muat nak naik beca tu...seronok bukan kepalang...
    Anak2 saya sekarang kalau bercuti, sibuk dgn komputer (3 buah pun tak cukup lagi), kalau pegi shopping mereka minta tinggalkan mereka dlm MPH Bookstore, duk dlm tu 3 jam pun mereka boleh tahan...

    Kalau dgn kawan2, takde kira lain, tukar2 CD game dan buku cerita/novel kanak2...tapi seronok juga tgk mereka bila berkumpul adik-beradik...antara aktiviti yg sama dgn kami masa kecik2 dulu ialah bercerita, berdrama (kami dulu siap record lg berlakon adik-beradik), berkarya (buat komik). Cuma kami dulu siap buat kugiran bwh pokok rambutan, masing2 dgn alat muzik msg2. Anak2 kami sekarang tak berapa pandai alat muzik sbb mereka dah boleh compose lagu guna software komputer...

    Alangkah indahnya jika masa dapat diputarkan kembali...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin