Saturday, October 31, 2009
Resepi Asam Pedas Lea
MAJ: salam
MAJ: eh bukan u on t plane right now
Zaleha Muslan: tgh tunggu asarlah
Zaleha Muslan: lepas makan lauk ketam masak lemak, kailan ikanmasin, ikan bakar dan tahu goreng cicah kuah kicap, sambal belacan....terkenyang sgt kot che din...tgrdengkor nih be
Zaleha Muslan: weekend kena rest....layan family
Zaleha Muslan: lepas asar kena masak English meal pula
MAJ: hai terliiur aku
MAJ: tapi dah telan pun air liur
Zaleha Muslan: nak hantar kat aiman kat UTM
Zaleha Muslan: tadi beli salmon...sbb murah
MAJ: smlm masak laksa johor
MAJ: sedap gak la
Zaleha Muslan: anak hang suka makan keropok lekor tak
MAJ: lea cuba ajar aku masak asam pedas yg letak daun kesum
Zaleha Muslan: kalau I...
Zaleha Muslan: ikan ke daging
MAJ: i nak buat ikan salmon
MAJ: masa ikan la
Zaleha Muslan: yg asas
MAJ: semalam
MAJ: beli daun kesum banyak
MAJ: buat asam pedas sedap tu
Zaleha Muslan: sbb ikan salmon ni ade hanyir sikit kena letak lebih sikit bawang putih
MAJ: ok
Zaleha Muslan: ok macam ni caranya
MAJ: hai kalau letak kat blog pun bagus resepi tu kan
Zaleha Muslan: 1. lumur sikit bawang putih kat ikan selepas di basuh
Zaleha Muslan: 2. blend lada kering, belacan (sikit aje), bawang putih 2 biji, halia sikit, kunyit sikit dan bawang sebijik.
Zaleha Muslan: 3. Satu biji bawang hang hiris nipis
Zaleha Muslan: 4. panaskan minyak dan tumis bawang dulu...dah naik wangi jangan sampai hangus hang masukkan bahan yg di blend tadi
Zaleha Muslan: 5. Bila dah garing masukkan air, asam (asm keping atau asam jawa), garam gula dan serbok perasa kalau hang pakai
Zaleha Muslan: dah mendidih masukkan ikan
Zaleha Muslan: lepas tu letak sikit daun kesum dulu
MAJ: hmm
MAJ: nanti aku masak tgh hari ni
MAJ: kalau jadi aku ambil gambar
Zaleha Muslan: 6. ikan dah 3/4 masak kecikkan api utk dia naik minyak
7.lepastu masukkan lagi daun kesum dan besarkan api dlm 3 minit
Zaleha Muslan: 8. Sedia utk di makan
Zaleha Muslan: nampak susah tapi aliah yg 9 tahun pun boleh masak
Zaleha Muslan: takkan hang tak boleh kot
OK TQ Lea for the resepi nanti kalau jadi I habaq. Terima Kasih la sibuk2 masuk sempat masa luang masa untuk kekawan...
Friday, October 30, 2009
Menghayati ciptaan Allah
Saya lihat tiap pagi, tanpa ragu-ragu, selepas solat subuh, langit menjadi cerah dan bermulalah hari yang baru. Syukur pada Allah akan nikmat ini.
Saya kaitkan pada surah Al-Imran:190.
Madsudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan Allah) bagi orang2 berakal.
Kemudian saya fikir pasal udara (oksigen) yang kita ambil untuk terus hidup. Ia didapati daripada tumbuhan yang mengambil C02 dan menghasilkan 02 untuk kita terus hidup. Alhamdulillah.
Madsudnya: Iaitu (Allah) menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka kamu nyalakan (api) darinya.
Allah memberitahu kita O2 (yang dibuat untuk nyalakan api) datang dari kayu yang hijau (tumbuhan)
Memang tidak terhitung nikmat Allah pada manusia. Kita dah jadi "take things for granted". Kita lupa akan nikmat Allah.
Saya "relate" pada surah ArRahman: 13 (31 kali diulang)
Madsudnya: Maka pada nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan
Memang tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Cukuplah kita sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita semua.
Saya "relate" pada surah AlKahfi: 109
Madsudnya: Katakan (Muhammad) sekiranya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk kalimat (nikmat) TuhanKu, tentu habis lautan sebelum habis kalimat2 Tuhanku mestipun kami tambah dengan sebanyak dengannya (lautan).
Syukur pada Allah dan Pujian kepada Allah Tuhan seluruh sekelian alam....
Thursday, October 29, 2009
SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM
Sebelum menutup tirai 2009 di sini I ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anak2 ahli warga Thames/woolwich/Dartford yang akan mengambil peperiksaan SPM yang semakin hampir. Tak di sangka yang ramai ahli warga Thames di kurniakan allah zuriat pada tahun 1992...kalau ade gathering pada tahun itu agaknya yang puan2 semua maju kehadapan.
Wednesday, October 28, 2009
Permulaan Impian Tercapai
Salam kepada rakan-rakan kongsi yang akan berpegang-pegang dengan ku (Ahli Lembaga Pengarah Syarikat di bawah ZM Holdings) yang berade di dalam dan luar negara.
Ini nak habaq mai pencapaian salah satu daripada anak syarikat pade hari ini. Mungkin akan keluar dlm berita Sukan RTM....tunggukan ajelah. Sebagai peneraju syarikat I dah mulakan langkah pertama dan insyallah yang lain akan menyusul dalam mase tersedekat. Dah jadi peneraju syarikat konglemerate ni dah tak ade mase nak merapu lame sbb geng2 lain belum join lagi, tu yang terkial2 sorang-sorang.
By the way nak maklumkan I akan ke KL ade jemputan drp PM utk venture kite yag lain. So yg dah confirm meeting dgn Tn Hj. Muzamil hari Isnin di KLCC utk O&G project (harap tuan haji dah siapkanlah bahan2nya). Ir. Mohd Luqman hari Isnin kat KL venue tgh confirm ; arahan same. Tn Hj. Mohd Shaharuddin hari Ahad kad rumah dia : harap boleh confirm. Dan yg lain2 lagi siape nak jumpe I silelah confirm.
Wassalam
AKAK
Monday, October 26, 2009
Gambar Anak2 I
Sambungan Impian Ku
Ni I nak sambung balik daripada angan2 ku. sebenarnya dah tulis tapi hilang entah ke mana
So I tulis balik dalam versi yang lebih istimewa.
Kisahnya
Ini Masnoor sahabat baik ku, berkenalan daripada masa aku kat Ganella College kira lepas SPM lah tu. salah satu sebab aku patut di panggil Puan Sri adalah kerana dalam gelap kat pagar masjid pun Masnoor boleh kenal aku...walaupun dah bertahun tak jumpe....Kiranya aku ni berseri-seri lah ....sebab suka makan kuih seri muka yg mak aku jual dan di buat oleh aku.
Kami mempunyai banyak persamaan....minat kepada usaha tabligh, memasak, menjahit, mengemas rumah dan membaca.
So kerjasama aku dgn Masnoor ni kena bukak banyak sikit syarikatnya sebab pertama tak tahu nak pilih yg mana dan kedua anak dia banyak jadi kenalah banyak sikit sumber pendapatannya.
Syarikat2nya (Zaleha & Masnoor)
1. ZM Tawakal Poultry & Livestock
Kira logonya belakang ZM ade gambar ayam & kambing
Perniagaan ini utk menyediakan makanan halal utk org islam dan juga peluang pekerjaan kepada org2 tabligh.
2.ZM Publication
Kiranya logonya belakang ZM ade gambar buku atau dgn pena
Perniagaan ini utk menerbitkan buku2 yang kami tulis dan org2 lain yg berminat juga
3. ZM Halalan Toiibah Food Industries
Kiranya logo belakang ZM tu gambar kuali berasap
Kalau nak letak gambar i dgn Masnoor jadi macam iklan kedai mak andam pulak tu
Khas utk perniagaan makanan halalan toiibah
4. ZM Idea Creative and Craft
Kiranya logo belakang ZM tu macam cross-stich
Aku drp dulu pandai menjahit, mengait, menyulam dan serba serbi walaupun tak pergi sekolah menjahit.
Khas utk kerja-kerja kreatif dan siap dgn bukak kelas lagi tu
Oklah siapa lagi nak join dgn aku habaq mai sini....aku akan masukkan dlam impian ku
Angan2 aku
Buat mase ni aku solo aje...tapi ade Member aku yg akan tlg aku iaitu Ir Zulkiflee & Ir Luqman
kalau nama abg Shaha tak ade mohd pun aku akan tambahkan supaya mengikut sunnah
Sunday, October 25, 2009
PENGARAH WANITA
ceritanya begini :
kisah 1 : Kak Ani
Punyalah sibuk akak aku ni kadang-kadang bila pergi opis dia pun aku cuma nampak kelibat dia aje sbb nak pergi mtg. Dengar cerita selalu pergi overseas dan selalu pergi out station sampaikan nak cuci baju pun tak sempat....sebab sering sangat.
kisah 2 : Mek Sham
Kawan aku sorang ni kelmarin mengadu letih asyik kena hadir mesyuarat aje. Kat opis pulak ramai yang berbaris menunggu nak jumpe Puan dia....bawak masaalah untuk di selsaikan pulak tu.
Lain pulak dengan kisah aku ni yang join parti gerakan.....yang kalau tak gerak tak makan.
kisah aku;
1.Aku hanya pergi outstation bile cuti sekolah aje...sbb senang supaya dapat pergi bercuti dgn anak2 dan bawak mak bapak dan keluarga sekali.
2.Kalau ade mtg suruh aje staf aku yang pergi....kate kak leha kirim salam pade client.
3.Selagi telepon on dan ade internet connection kira aku sdg berkerja dan opis kire bukaklah.
4.Staf aku paling takut kalau dia org malas buat kerja (kire suruh aku selesaikan masaalah lah) yang aku nak dan aku berkata "Tak pe akak boleh buat"
Sbb nya tak lame lepas tu dia akan dapat surat yang tertera " Please Give me 1 solid reason why I should keep u in my organisation". Dia org ni semua pekerja kontrak dan ade pre-sign resignation letter.
Cuma masaalah aku 1 aje...bile client tak bayar fee aku ( soru miss lah tu)
Wednesday, October 21, 2009
Man Made Marvels
Tapi syukurlah.. ada juga makan dari orang yang tak de makanan apa2 pun. OK sila la tengok video ni..
Sunday, October 18, 2009
Nostalgia Masjid
Saturday, October 17, 2009
KOLEKSI TEAPOT I
TEAPOT 3
TEAPOT 4
TEAPOT 6
TEAPOT 8
TEAPOT 9
Doha West Bay Skyline
Friday, October 16, 2009
Kisah Kehidupan Bagi Mereka Yang Perihatin...
Thursday, October 15, 2009
1. Nak minta maaf ngan Lia sbb blm sempat lagi nak masukkan gambar raya dlm komputer, tapi byk gambar yg "kelabu-kelala" budak2 ni ambik masa kat rumah Lia...lupa pulak nak snap beramai2 2 family mlm tu, asyik sgt bersembang...
2. Nak habaq kat Brader Mohamad...lain kali kalau terima envelope "Sri Paduka Baginda", jgnlah suspen lagi ye...hehehe. Kenapa tiap kali Sham nak bukak video kisah nabi tu tak dpt ye...teringin jugak nak tengok walaupun dah pernah khatam kitab sirah nabi zaman2 usrah dulu...
3. Untuk Kak Shah yg jauh di perantauan, jgn lupa musin bunga nanti, tolong amikkan gambar setiap species bunga tulip yg ada kat sana ye...kempunan dulu tak sempat habis buat collection. Rasanya dah takde peluang lg nak ke sana... Ni Sham buh sikit2 gambar nostalgia zaman kita "muda"2 dulu utk tatapan semua...happy viewing...
Thursday, October 8, 2009
Release Tension...
Saja nak menyampuk dlm ni...sekadar melepaskan lelah seharian bekerja. Sekarang ni jam 5.38 ptg...jap lagi saya nak berkemas utk pulang. Hari ni rasa berbaloi KPTM bayar gaji saya...
Dengan kaki yg masih belum betul berjalan (smlm saya mc sakit kaki), tak ku sia-siakan walau sesaat waktu bekerja ku from 8-5, berhenti solat 10 min je...
Tapi, kalau difikirkan pening kepala menghadapi pelbagai rencah kerja...how i wish to be at home, alangkah bahagianya rasa dpt duk rumah sehari suntuk semlm (walaupun dlm keadaan sakit...)
Apa2 pun, tetap bersyukur dgn limpahan nikmat serta rezeki dpd Allah swt...semoga setiap sen yg kita terima adalah dpd rezeki yg berkat dariNya...InsyaAllah...setiap titisan darah yg mengalir dlm tubuh badan anak2 kita, biarlah hasil dari rezeki yg berkat, mudah2an beroleh zuriat yg soleh & solehah...amin...
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah, wassalamu'alaikum w.r.b..
Terima kasih..
(tepuklah tangan...!!!)
Wednesday, October 7, 2009
Keperluan Sumbangan untuk alamari Di Madrasah
Menurutnya lagi sehingga kini kutipan yang ada tidak mencukupi untuk membeli walaupun satu almari.... Sama-sama lah kita menyumbang seberapa yang mampu untuk memberi keselesaan untuk pelajar-pelajar yang ingin menegakkan ajaran islam dan agama allah. Semoga amalan kita ini di kira sebagai saham akhirat dan semoga segala amalan yang baik kita ini di terima oleh Allah dan di beri keberkatan di dalam hidup kita insyallah. Bagi yang ada account maybank boleh la terus menyumbang.... di www.maybank2u.com.my.
Tuesday, October 6, 2009
Thanks for the Birthday Wishes...
Lia, sorry atas "kelembapan" bertindak memenuhi your request...nak sgt Stevie Wonder punya. Tapi, mohon ma'af lah, Sham prefer yg takde gambar dia tgh nyanyi sbb lagu jd lebih sedap tanpa melihat dia, hehehe...but anyway, i like this song (but, betul ke lagu yg ni Lia?). Apa2 pun, terima kasih semua...
HAPPY BIRTHDAY (STEVIE WONDER)
Sebagai tanda penghargaan,ucapan terima kasih atas ingatan, ucapan2, phone calls, sms, FB, emails...semoga segala doa diperkenankan dan kita semua dianugerahkan kehidupan yg sejahtera berkekalan, dunia & akhirat...
1. Kekanda Mohamed Noor Azman b Bidin (my beloved husband), Kuching Sarawak
2. Anak2ku, anakanda Mohd. Uzair (KISAS, Klang); Mohd. Umair (MML, Pengkalan Chepa, Kelantan); Ummu Aqilah & Mohd. Zubair (SK(A)DHAKH, Kuching, Sarawak)
3. My dearest sister...Kak Shamsiah di Dungun Terengganu (Happy Birthday to you too Kak Yah...6/10/2009...teruskan ke"maintain"an mu, adik lebih tua sehari, tapi Kak lebih matang 2 tahun...hehehe...)
4. Adik Iparku Azizah b Bidin di Klang
5. Sepupuku Nik Huwaina bt Nik Yusoff di UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak.
My x-students...
6. Norshah b. Raseli di Perlis (thanks, u're the first person...sms masuk jam 12.03am)
7. Amirah Hani di Gurun, Kedah
My staff...
8. Zainal Abiddin b Ahmad di West London, UK
9. Maslina bt Buang di JKPK, PKS
10. Daisy ak Augustine Pedang di JKPK PKS
11.Nur Lydia bt Othman di JKPK, PKS
12.Mohd. Nazri b. Abd. Halim di JP, PKS
13.Kartina bt Abdul Kadir di PSIS, Sabak Bernam, Selangor
Rakan2ku, di kalangan petugas2 cleaning services di PKS
14.Masnah
15.Rosni
16.Kak Dara
17.Ana
18.Nancy
Sahabat2 se"Thames"anku masa di London dulu...
19.Pn Sri Zaleha bt Muslan di Tmn Munshi Ibrahim, JB
20. Hj. Mohamad A Jamal di Doha, Qatar
21.Hj. Shaharuddin b Sidek di Pantai Medivest, KL
22.Dr. Abdul Latif b Salleh di UTM, Skudai
23.Mohamad Nor b Othman di Kajang
Rakan2 Facebook ku (mostly my x-schoolmates di MRSM Batu Rakit, K.Trengganu)...
24.Hj. Rosli b Mohammed (x-MRSM KT)
25.Shamsul (Koka) Saleh (x-MRSM KT)
26.Nabihah bt Mohd. Salleh (x-MRSM KT)
27.Hanita (Cuta) bt Othman (x-MRSM KT)
28.Norhazizam bt Abdul Rahman (x-MRSM KT)
29.Zul Azri b Abdul Aziz di Perlis
My Colleagues...
30. Bossku...Tn. Hj. Abdul Rahman b Khalid, PKS
31. Sofian b Mohd PKS
32. Branat ak Protasy
33. Jong Lai Fook
34. Ooi Kian Bee (OKB)
My frenz...
35.Ir. Zulkifli b Ibrahim (x-Thames)
36.Adam Malikb Miskun (x-MRSM KT)
37.Rozainah bt Awang (x-MRSM KT)
38.Haslinah bt Mahadi (x-MRSM KT)
39.Hariati bt Hussain (x-MRSM KT)
40.Suriaini bt Husain (x-MRSM KT)
41.M.Mazrin C.M. (x-MRSM KT)
42.Hj. Muzammil (x-Thames)
43.Ir. Lukman (x-Thames)
dan semua yg kalau ada tertinggal & belum masuk (akan di update...thank you...thank you...thank you...!!!
Monday, October 5, 2009
HAPPY BIRTHDAY MEK SHAM (NOMBOR TAK PAYAH LETAKLAH)
Mase kat UK I suka lagu Stevie Wonder. Sepatutnya lagu happy Birthday ni di nyayikan oleh stevie wonder sbb Aliah dah tak bagi I main guitar lagi.....but dah beberape kali try nak attach videonya tak jadi......so mek sham u tlg addkan videonya tau sendiri
(Video drp youtube....lagu happy birthday yang di nyayikan oleh Stevie Wonder)
Anyway
HAPPY BIRTHDAY......dapat hadiah ape drp Man